Assalamualaikum..
Hye semua..
DewanEja 11 ialah perisian aplikasi semakan ejaan dan tatabahasa untuk Bahasa Melayu yang terbaharu dan paling komprehensif.. Ianya disahkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).. Ia direka untuk membantu pengguna menulis Bahasa Melayu dengan betul dan pantas, terutamanya dalam Microsoft Office dan pelayar web..
Berikut adalah ciri-ciri utama dan kelebihan DewanEja 11:-
Penyemak Tatabahasa & Ejaan: Merupakan perisian pertama yang menyemak tatabahasa Bahasa Melayu anda.. Ianya bukan sekadar menyemak ejaan Bahasa Melayu..
Integrasi MS Office & Web: Berfungsi terus dalam perisian seperti Microsoft Word dan pelayar web seperti Chrome..
AutoComplete & AutoPrediction: Membantu mempercepatkan penaipan dengan memberikan cadangan perkataan..
Kamus Komprehensif: Dilengkapi dengan kamus ekabahasa (Ekabahasa (atau monolingual) bermaksud satu bahasa) dan dwibahasa yang diiktiraf..
Sesuai untuk Profesional: Sangat berguna bagi penulis, pelajar dan sesiapa sahaja yang sering menggunakan Bahasa Melayu rasmi..
Secara ringkasnya, DewanEja 11 adalah alat pruf (proofreading) di Malaysia untuk memastikan penulisan Bahasa Melayu anda lancar dan betul..
Kalau berminat bolehlah muat turun di https://www.tntsb.com/ dan ianya berbayar ya..

Sesi Latihan Pangkalan Data: Latihan Pengguna DewanEja 11
Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Platform: Secara dalam talian
Penganjur: Bahagian Pembinaan Koleksi (BPK), Perpustakaan Negara Malaysia


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..