Thursday, May 21, 2026

Coretan 21 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti tapi tetaplah sibuk.. Kikiki.. Pagi ke sekolah untuk Sukan Tahunan.. Petang tolong encik suami ambil barang dekat koperasi Politeknik.. Lepas tu isikan beliau punya borang TDAC (Thailand Digital Arrival Card).. Boleh pula Sha tersalah laman sesawang, kena bayar.. Mujurlah dia minta kredit kat.. Sha memang tak ada.. Pening jadinya Sha sebab sebelum ini isi tak kena bayar pun.. Gigihlah tanya Google, mujurlah lepas tu jumpa jalan yang benar.. kikiki.. Lancar ja isinya.. Lepas tu ke pasar malam pula dengan Amani.. Cari buah dan manisan..

Malamnya tolong encik suami kemas baju pula.. Trip kali ini beliau pergi kejap ja.. Trip santai-santai katanya.. 

Encik suami balik kerja bawa buah tangan.. Ada pensyarah bagi.. Rezeki isteri dan anak-anak lah.. kikiki.. Lama tak makan scones tu.. Strawberi dan scones dari Cameron Highlands..

Ini hasil bersiar-siar di pasar malam.. Kecik ja pasar malamnya.. 

Rezeki jumpa jambu bertih putih dan merah.. Sha beli sebekas ini RM5.. Hari tu baca dekat blog Bola Katok, hari ini rezeki Sha jumpa di pasar malam.. 

Beli juga buah mangga.. Sekilo RM4, ini Sha beli RM10.. Dapatlah 8 biji buah mangga pelbagai jenis..

Sha beli juga manisan.. Cheese tart plain, hazelnut, pistachio, strawberry, tiramisu dan blueberry (6 pcs - RM12), kek carrot (RM8) dan brownies (RM8)..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com