Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal nasi daging kunyit (RM3) kan.. Ini Sha kongsikan lokasi dan jualan beliau.. Penjual ini buka bonet kereta ja untuk berjual.. Pada Sha memang kreatiflah sebab pilihan nasi dan harga jualan dia tu sangatlah berpatutan..
Penjualnya lelaki menggunakan kereta merah jenis mpv kalau tak silap Sha..
Ini jualan beliau.. Ada ayam gulai, nasi lemak (RM2), gulai ikan tongkol, daging goreng, ayam merah dan ayam goreng.. Owh ya yang dalam raga tu lauk ayam goreng dengan kuah gulai ikan.. Semua nasi berlauk tu RM3 sahaja sebungkus..
Ini nasi daging goreng yang Sha beli sebelum ini..
Ini pula nasi lemak RM2.. Pada Sha nasi lemak dia cukup sifatnya.. Ada nasi, sambal, ikan bilis dan kacang tanah goreng, ada telur rebus suku dan 2 hiris timun.. Sambal dia banyak, tak kedekut cumanya Sha memang tak makan pedas.. Jadi sambal tu untuk Sha agak pedaslah tapi ada rasa manis dekat hujung-hujung tu.. Walaupun pedas, tetap sedap dan Sha akan beli lagi.. Memang sedaplah di tekak Sha..
Ini pula nasi dengan lauk gulai ikan tongkol.. Saiz ikan dia sedang-sedang ja.. Sesuailah dengan harga.. Ada sambal dan hirisan timun.. Kuah dia tu sedap.. Dalam kuah tu ada sayur kacang panjang rasanya.. Sha tak perasan sebab Sha jenis makan tak bubuh kuah banyak.. Tapi memang kenalah dengn tekak Sha..
InsyaAllah kalau Sha beli lauk lain, Sha update entry ini atau buat entry baru ya.. Manalah tahu kot-kot ada pembaca Sha yang nak cuba, bolehlah tengok entry ini..


























Kat belakang kereta je boleh letak macam2 options kan?
ReplyDeleteHarga sangat2 mesra pengguna
ReplyDeleteKalu jumpa camni syok membeli
ReplyDeleteCiknur suka sb tak byk dan harganya murah blh try pelbagai lgpun bkn nk mkn byk pun
Harga sangat murah dah tu dengan kos macam2 meningkat sekarang ni.
ReplyDeleteAiiiih murah lah itu kak. Saya kalau ketemu nasi lauk macam nih, sekali makan setidaknya bisalah makan 2-3 😂😂. Apalagi nasi lemak 🤤😅😅
ReplyDeletebetul2 harga rahmah tu
ReplyDeleteharap2 peniaga ni dpt laa untung yg setimpal