Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha dan encik suami keluar bermotosikal ke Pekan Sehari Temerloh.. Semuanya kerana tak puas bermotosikal pada hari Sabtu.. kikiki.. Makanya keluar jugalah hari Ahad ke Temerloh selepas encik suami buat perancangan jalan dari pagi hingga ke petangnya..
Seawal jam 6.24 pagi kami dah gerak keluar dari rumah.. Singgah sekejap di R&R Ulu Bernam Arah Selatan untuk isi minyak dan beli gula-gula.. Lepas tu memang terus gerak ja.. Encik suami lalu lebuhraya PLUS keluar Tol Duta dan masuk lebuhraya DUKE sebelum keluar ke Plaza Toll Gombak..
Singgah sekejap minum kopi tin dekat Hentian Sebelah Lanchang Arah Timur.. Ke tandas lepas tu terus gerak semula.. Masa ini adalh bertegur sapa dengan satu kumpulan rider.. Mereka pun nak ke Pekan Sehari Temerloh..
Alhamdulillah jam 9.00 pagi kami selamat sampai ke Pekan Sehari Temerloh.. Pergh!! Kemain ramai umat manusia.. kikiki.. Kenderaan usah cakaplah.. Memang sesak sepanjang jalan..
3 jenis kuih ini RM11.. Boleh beli satu set atau beli satu ja pun boleh.. Kalau satu dia jual RM4..
Paling syok tengok makanan laut.. Ya Allah.. Murah gila.. Segar-segar.. Memang kalau nak kereta, Sha beli dah.. Ini antara yang paling banyaklah boleh nampak.. Ada sotong, udang pelbagai jenis dan saiz.. Tak sempat nak ambil gambar ja.. kikiki.. Diorang jual menggunakan pinggan.. 3 pinggan RM20.. Memang bukan sikit-sikitlah.. Udang kertas selonggok RM10 ja.. Mabuk Sha tengok makanan laut.. hahaha..
Sha beli juga halwa maskat ini buat rasa-rasa.. Tapi belumlah makan lagi.. kikiki..
Tengok ini.. Punyalah ramai umat manusia..
Ini pun Sha beli juga sebab tak pernah nampak.. Keropok yang diperbuat dari jering.. Sha beli sikit ja, 100gm buat rasa-rasa..
Lepas puas berjalan, kami duduk makan kuih muih yang kami beli berdekatan motor sebelum gerak balik..
Singgah isi minyak dekat Petronas Durian Tawar, Triang dan ke toilet.. Sha tak pakai dah jaket ke apa masa ini.. Masukkan tudung dalam tshirt supaya dia tak mengerbang.. Panas wei kalau pakai jaket.. Kami lalu Bera terus ke Johol Negeri Sembilan.. Tapi disebabkan encik suami tersilap simpang kami lajak ke Tampin.. Patutnya nak ke Senawang.. kikiki..
Makan tengahari di Tampin.. Masak lemak daging salai.. Kuah sedap tak terlalu pedas, pekat.. RM22.50 sekali air untuk 2 orang makan.. Sempatlah tapau air botol stail lama dan sagun untuk anak-anak..
Lepas makan kami terus gerak balik melalui Plaza Tol PLUS Simpang Ampat/Alor Gajah/Tampin.. Kalau patah balik memang jauh lah.. Tempat kami makan tu tak jauh dah dengan Tol Alor Gajah.. Terus masuk lebuhraya PLUS.. Tapi disebabkan kesesakkan lalu linta dekat atas lebuhraya encik suami masuk bandar Seremban untuk ke lebuhraya LEKAS.. Singgah sekejap di Shell, Jalan Ampangan untuk pakai baju hujan sebelum gerak semula.. Kami lalu LEKAS, SILK dan terus ke EKVE..
Singgah dekat Hentian Rehat Hulu Langat (EKVE) North Bound untuk solat dan buka baju hujan.. Masuk sini dah tak hujan dah.. Jadinya bolehlah buka baju hujan.. Gerak balik jam 5.30 petang dan sampai rumah jam 7.15 petang.. Memang sakanlah berjalan.. Lebih 12 jam..
Antara makanan dan minuman yang Sha beli bawa balik.. Ada halwa labu, putu piring gula kabung.. Tak ada dalam gambar pes tempoyak pais, sambal tempoyak, jeruk maman dan jeruk mangga..

Sha perasan fotografer ini dekat tepi tempat lori berhenti.. Area lebuhraya karak.. Nampak pun sebab lens dia panjang tapi tak adalah buat peace ke apa..


























Wah...jauh perjalanan Sha ye...Kak SA ada gak plan nk repeat temerloh lagi...tapi PZ x sihat..nanti- nanti la nak pi lagi ...
ReplyDelete