Tuesday, March 31, 2020

Day 14 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan bersama keluarga.. Menghargai setiap nafas, kesihatan dan waktu bersama keluarga.. Menghargai juga semua pengorbanan para barisan hadapan kita yang terus berjuang melawan Covid19 dan juga perangai-perangai mereka yang degil.. Sesungguhnya jasa mereka ini tak terbalas oleh kita.. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesihatan buat mereka.. Aamiin..

Hari ini emosi kembali merundum.. Bukan sebab PKP tapi ... Takpelah.. InsyaAllah.. Okay je.. Sambil-sambil melayan emosi, sempatlah juga jalan ke blog kawan-kawan dan tinggalkan komen.. Terima kasih juga pada yang singgah blog Sha dan komen..

Hari ini masak ini je.. Sampai ke malam cukupnya.. Nasi goreng cina dan sosej goreng..

Alhamdulillah.. Ada sahabat suami belanja 12 tongkol jagung gred A.. Besar dan isinya cantik.. Puas makannya.. Sha kukus je separuh.. Suku lagi simpan nak buat bubur..

Ada sahabat di Instagram kongsikan ini di IG Story beliau.. Tak sangka ada dalam carta Goodreads.. Gara-gara PKP ini kerjanya membaca je.. hehehe..

Filem | Fatal Journey (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya filem ini keluar juga.. Kalau follow drama The Untamed ini kira macam cerita di sebalik cerita.  Hehehe.. Tapi okay je kalau tengok filem ini tak tengok drama.. Masih boleh faham.. hehehe.. Mujur dia tak buat drama.. Kalau tak memang jenuhlah nak tengok.. Hahaha..

Dalam filem ini diterangkan macam mana Huaisang dapat tahu apa yang Meng Yao buat pada abang dia Nie Mingjue.. Memang kejamlah Meng Yao ini.. Filem ini jugalah permulaan memberitahu bagaimana Huaisang mulakan perancangan untuk membalas dendam dan membongkarkan apa yang Meng Yao buat..

Movie: Fatal Journey
Genres: Action, Historical, Wuxia, Drama, Family, Supernatural
Country: China
Type: Movie
Release Date: Mar 26, 2020
Duration: 1 hr. 22 min.
The story is set in when Qinghe Nie Sect was dealing with their ancestral knife tomb incident. Nie Mingjue brought Nie Huaisang alone to do good for others by restoring the tomb back to its original state to ensure peace in the Nie sect.
Through this, Nie Huaisang went from a playful disciple to maturing into the next generation sect leader and Nie Mingjue learned, understood his brother more and helped him grow. 

Dalgona Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga cuba buat.. Hahaha.. Teringin sebab nampak macam sedap je.. Okaylah rasa dia.. Mujurlah Sha memang penggemar kopi sebab rasa dia padu wei.. Sha ini dok ngantuk je lepas minum.. hahaha..

Jenuh kacau guna sudu dan tangan je.. Malas nak keluarkan mixer.. Nak buatnya sikit je pun.. hahaha.. Dekat setengah jam jugalah.. Yelah.. kacau.. pastu berenti.. pastu kacau balik.. hahaha.. Gigihkan..

Rupanya setelah siap..

Pandangan dari atas.. Puas wei..

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu?? Jom joint segmen ohsem ini..

Segmen berlangsung sehingga 15 April 2020, pukul 6 petang. Keputusan akan diumumkan inshaAllah selewat-lewatnya 17 April 2020.

ebook | Lockdown oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 6 cerita yang disampaikan oleh penulis dengan gaya temubual.. 6 cerita itu ialah Rumah Sewa, Penggali, Bomoh, Sekuriti, Pemandu dan Muzium.. Perkongsian yang menarik daripada pelbagai pihak.. Gangguan dan cabaran dari pelbagai kerjaya.. Memang satu ebook yang berbaloi dimiliki.. Penulis memang kreatif.. Semoga beliau terus diberikan ilham untuk berkarya..

Owh ya.. Novel ini hanya dijual dalam bentuk ebook sahaja dengan harga yang sangat berbaloi.. Malah anda juga menderma sambil membeli.. Berminat?? Cuma perlu ke Facebook Naim Tamdjis untuk urusan jual beli.. Sokong penulis kita..

Sha baca dan selesai pada 29.03.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2020 by Naim Tamdjis

Monday, March 30, 2020

Day 13 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 13 hari.. Rasa macam perlahan je masa berlalu.. Maka hiburkanlah hati dengan perkara yang positif.. Yang negetif tu kita ketepikan je.. Hari ini tak sempat layan buku/ebook.. Ralit buat kerja dan melayan filem serta animasi.. hahaha.. Animasi ohsem.. Nanti Sha review..

Dalgona Coffee
2 sudu kecil nescafe
2 sudu kecil gula
Sedikit air panas
Pukul sampai dia gebu gebas.. Nak manual boleh, nak guna mixer pun boleh..
Lepas tu bubuh ais dalam galas, tuang fresh milk dan akhir sekali bubuh nescafe yang dah gebu tadi atas dia..

Kebetulan ada kawan encik suami pos dekat Whatsapp, ada orang jual ikan kembung ini sekilo RM7.. Teruslah Sha ambil 2 kg.. Dapatlah dalam 31 ekor.. Cukuplah untuk seminggu ini.. Segar ikannya.. Memang sedap makan.. Dalam keadaan macam ini barulah berguna group-group whatsapp yang ada.. Penyebaran mengenai info semasa, makanan delivery dan juga keperluan rumah.. Ini ada juga yang ambil kesempatan menyebarkan maklumat yang belum tentu sahih dan mencetuskan kegusaran pada yang membaca.. Macam-macam manusia ini.. 


Filem United States | Dolittle (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengah buat apa tu.. Sha baru sahaja habis menonton filem lakonan Robert Downey, Jr. ini.. Filem yang sangat fun dan enjoyable untuk di tonton bersama anak-anak.. Seorang lelaki yang mengasingkan diri selepas isterinya mati di tengah lautan.. Namun bangkit semula selepas menerima kedatangan seorang budak lelaki dan perempuan.. Mengembara mencari ubat yang dapat menyembuhkan Queen Victoria.. Memang sangat ohsem dan juga mampu memberikan gelak tawa dan perasaan sedih.. Setiap manusia akan merasa kehilangan.. Namun bagaimana kita menghadapinya dan bangkit semula menentukan siapa diri kita.. Just awesome..

Dr. John Dolittle lives in solitude behind the high walls of his lush manor in 19th-century England. His only companionship comes from an array of exotic animals that he speaks to on a daily basis. But when young Queen Victoria becomes gravely ill, the eccentric doctor and his furry friends embark on an epic adventure to a mythical island to find the cure.

ebook | Vampirella (2017) #0 & Vampirella (Vol 5) #0

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik bahasa Inggeris yang sedikit scary.. Gambar dan penceritaannya tak sesuai dibaca kanak-kanak.. Cerita pengenalan untuk watak vampire perempuan yang dihidupkan semula.. 

Sha baca dan selesai kedua-dua komik ini pada 28.03.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published February 1st 2017 by Dynamite

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published July 10th 2019 by Dynamite Entertainment

Adabi | Tepung Cucur Bawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masak sarapan dah ke?? Ini antara produk wajib yang akan Sha beli.. Keluaran Adabi.. Dalam banyak-banyak Tepung Cucur Adabi tu, Sha paling suka yang bawang ini.. Bawah ini Sha kongsikan cara Sha menggunakan tepung cucur ini.. Terpulanglah pada anda bagaimana nak mengolahnya.. 


Biasanya Sha akan menambah sebiji kentang yang dipotong panjang, telur, tepung gandum sedikit, air panas dan air sejuk.. Sukatan air ini ikut kepekatan adunan yang anda inginkan..

Dah siap.. Kalau tak nak tambah bahan diatas pun tak jadi masalah sebab dalam tepung cucur tu semua dah cukup.. Cuma perlu tambah air sahaja dan goreng..

Sunday, March 29, 2020

Day 12 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum...
Hye semua..

Alhamdulillah.. Setelah 12 hari #DudukRumahBacaBuku hari ini berjaya keluar dan membeli belah.. hahaha.. Hari ini Sha jadi ketua keluarga.. Bukan tak yakin dengan suami tapi nak tengok dunia luar.. Hahaha.. Tak lah.. Ada keperluan yang Sha lebih suka beli sendiri.. Lagipun nak cari sesuatu yang sangat penting bagi melegakan emosi..

Hari ini macam-macam berita baca dekat media sosial.. Hal artis, usaha Ustaz Ebit Lew dipertikaikan dan orang berbisnes yang persoalkan kenapa golongan B40 dapat banyak bantuan.. Namun dalam pada itu masih ada vibes positif dari rakan-rakan FB Sha.. Terbaiklah korang.. 

Tak ada mask, makanya pakailah purday yang encik suami jahitkan.. Restock buah naga dan oren.. Inilah yang Sha kena pilih dan beli sendiri.. Makanan tambahan yang dah lama sangat tak jumpa.. Buah-buahan.. Gambar ketiga tu, anak-anak tengah tengok animasi Naruto.. ebook tu je yang berjaya baca hari ini.. Lepas tu jawab survey dari Kementerian Pendidikan.. 

Inilah dia yang paling Sha cari.. Kalau suruh encik suami beli, nanti tak berkenan di hati.. hehehe.. Inipun dekat 10 minit Sha ulang alik dari satu jenama ke jenama lain.. Akhirnya pilih yang ini.. Memang terbaiklah.. Bau dia sangat melegakan dan menenangkan.. Sha cari limau atau lemon tapi tak ada yang memikat, green tea nie juga yang menawan.. Legalah lepas ini.. Boleh berspa dalam bilik air sendiri dengan kos yang murah.. hehehe..

Novel | Couple oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya berpeluang juga baca buku Couple oleh Anna Lee ini.. Dalam ini ada 2 cerita dan kedua-duanya bersambung dari 2 buah novel penuh tulisan Anna Lee.

Step Back (sambungan Novel Aku, Dia & Pinky Promise)
Kisah dalam ini adalah kehidupan selepas kahwin Ray dan Saleha.. Bukan mudah melalui kehidupan bila ada sesetengah perkara masih lagi tidak dalam ingatan Saleha.. Mencari memori yang hilang menemukan Saleha dengan beberapa perkara yang mengejutkan.. Akan kacau bilaukah rumah tangga mereka atau makin kukuh.. Semuanya terletak pada penerimaan Saleha..

The Ring (Sambungan Novel Naskhah Terakhir Laura Isabel)
Dalam sambungan ini, Dean dan Laura menemukan sebuah peta yang membawa kepada harta yang tak dijangka.. Tak sangka rupanya harta yang tak diketahui itu menjadi rebutan satu lagi pihak.. Namun bila harta yang dicari, dijumpai ianya bukanlah seperti yang diharapkan.. Siapa sangka penemuan yang mengejutkan itu membongkar rahsia yang lebih besar..

Sha baca dan selesai pada 28.03.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2015 by Prolog Media

Agromas | Sardin Dalam Sos Tomato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masak apa tu? Apa kata cuba Sardin keluaran Agromas ini.. Sha pertama kali mencubanya.. Ikan dalam tin kecil ini ada 5 ekor.. Memang banyak dan padat dalam tin.. Rasanya okay lah pada tekak Sha.. Harganya pun tidak terlalu mahal berbanding jenama lain..

Sardin Agromas.. Sha beli setin ini RM3.50
Ramuan:- Ikan, Pes Tomato, Garam, Dan Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan

Banyak juga isi dalam dia.. Ada 5 ekor ikan..

Novel | Mata Ketiga oleh Zulkifli Ahmad Idrus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengalaman penampakkan yang mengejutkan dan mendebarkan.. Setiap kali penulis terkejut, Sha juga turut merasa terkejut.. Memang penyampaian yang sangat ohsem sehingga Sha terasa seolah-olah bersama penulis.. Perrama kali membaca buku tulisan penulis dan ianya tidak menghampakan.. Penceritaan dari kisah benar yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 27.03.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 15th 2018 by Pukat Pikat Press

Saturday, March 28, 2020

Day 11 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah hari ke 11.. Ada makluman mengatakan Ops Tangkap dah mula dijalankan oleh pihak berkuasa pada siapa-siapa yang didapati keluar dari rumah lepas jam 7 malam.. Tolonglah duduk di rumah.. Sha ini nak ke Pasaraya beli barang rumah pun bertangguh-tangguh dari hari gaji hari tu.. Susah hati, risau.. Semua ada.. Group-group whatsapp pun tak habis-habis menyebarkan berita yang mendatangkan perasaan panik.. Terpaksa mengalihkan perhatian dari media sosial terutama sekali whatsapp.. Memang Sha offkan hp.. Layan anak-anak, membaca dan menonton drama.. Penat tengok perkara yang mencetuskan perasaan panik asyik dikongsi di media sosial.. Mujurlah dekat Facebook kebanyakkan kawan-kawan Sha happening dan positif.. Mana yang negetif semua Sha hide.. 

Tapi ada juga yang menggembirakan Sha semalam.. Dibawah ini..

Pagi bangun tengok ada email notification dari PNM elib.. Bila buka terus rasa nak lompat bintang.. 3 buku terhangat dah available untuk dipinjam.. Akhirnya.. Dapat juga baca Couple oleh Anna Lee, Projek Athena oleh Syeraho dan Da'i Disruptor oleh Muharikah.. Terbaiklah PNM elib.. Pilihan buku yang makin ohsem.. Lepas baca jangan lupa tinggalkan review dan bintang di Goodreads sebagai sokongan kepada penulis..

Drama Korea | Miss Hammurabi (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang tak sesuai di musim lookdown ini.. Agak stressful.. Ingatkan drama ini ceria dan fun tapi sebaliknya.. Masih seronok untuk ditonton kalau bukan dalam keadaan lockdown.. Hehehe..

Mengisahkan Oh Reum yang sangat degil dan punya pendirian tersendiri dalam menjadi seorang hakim.. Namun untuk membawa perubahan dalam dunia yang didominasi oleh lelaki dan stigma tertentu bukanlah mudah.. Beberapa kali hatinya terluka dan perbuatannya juga melukakan oran disekelilingnya.. Namun Oh Reum tak malu untuk mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.. Dari sini dunia kehakiman mula nampak perubahannya.. Walaupun tak ketara namun sedikit demi sedikit berlaku perubahan.. 2 episod terakhir sangat meruntun jiwa.. Sempatlah nangis bersama.. hehehe.. Luahan perasaan yang sangat cantik.. Setiap orang ada kesusahannya.. Sesekali kenalah memandang ke bawah bukannya selalu mendongak ke langit.. Kerana benih kebaikkan yang ditabur pasti memberi manfaat pada waktu yang tepat.. Gitu..

Drama: Miss Hammurabi
Also Known As: Miseu Hammurabi, Ms. Hammurabi
Directors: Kwak Jung Hwan
Genres: Friendship, Comedy, Law, Romance, Life, Drama
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: May 21, 2018 - Jul 16, 2018
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: jTBC
Duration: 1 hr. 20 min.
Park Cha Oh Reum is a newly appointed judge who is assigned to the 44th Civil Affairs Department at the Seoul Central District. She is always on the lookout for injustice and is able to profoundly empathize with others. Compared to her, Im Ba Reun is a cool-headed man of principle with the creed of ‘Court that is equal to all’, and he is displeased with junior judge Park Cha Oh Reum who is overtly sympathetic when it comes to cases. 
(Source: JTBC)

Novel | Misteri Pembunuhan Sawako oleh Jirō Akagawa, Lee Ming Chee (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel kedua dari Siri Kucing Triwarna.. Sebelum ini ada kongsikan review Misteri Banglo Kucing kan.. Buku-buku ini boleh dibaca secara berasingan kerana kes yang dibawakan tidak sama..

Kali ini Katayama telah menyiasat semula satu pembunuhan yang terjadi pada 2 tahun lepas.. Semuanya kerana seseorang telah menyamar sebagai mangsa dan mendaftarkan diri di akademi tempat adik Katayama berkerja.. Bila siasatan mula dijalankan, guru-guru di akademi tersebut mula dibunuh satu persatu.. Misteri yang sangat aneh dan mendebarkan..

Sha baca dan selesai pada 27.03.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2008 by Kuala Lumpur: One Nusantara

Renungan Bersama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara yang menarik untuk dilakukan di rumah.. Jom #StayAtHome #DudukRumahBacaBUku


Friday, March 27, 2020

Day 10 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Diam tak diam dah 10 hari Perintah Kawalan Pergerakan kita lalui.. Tahniah pada yang patuh pada PKP.. Pada yang tak patuh PKP, bilalah korang nak sedar.. Tolonglah duduk rumah.. Ingat bagus ke degil tak nak ikut arahan Perdana Menteri.. Kesian dekat mereka yang berada di barisan hadapan, bertungkus lumus memerangi Covid-19 untuk kesenangan semua takyat Malaysia.. PM dah usahakan macam-macam bantuan untuk rakyat melalui tempoh getir ini, maka kita sebagai rakyat cuma perlu patuh pada arahan beliau iaitu #StayAtHome.. Bukan susah pun.. Duduk dalam rumah je.. Tak nak duduk, berdiri dalam rumah.. Tak pun baring dalam rumah.. Berlari dalam rumah pun boleh.. Nak lagi best menari dan bersenda guraulah dengan ajli keluarga di dalam rumah.. Yang penting dalam rumah.. bukan luar rumah..

Aktiviti hari ini.. Membaca, menolong anak-anak membuat latihan yang disampaikan guru melalui whatsapp, menonton utusan Perdana Menteri, membaca, memasak dan bergaduh dengan anak-anak.. Sha berjaya membaca dua buku.. Satu penyiasatan dan satu pengalaman seram.. 

Maggi | Mi Goreng Cili ala Kampung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba satu lagi Mi Goreng baru dari Maggi.. Cili ala Kampung.. Rasanya seperti Maggi Hot Cup Goreng Perencah Cili Fiesta.. Hampir sama tau rasanya.. Pada tekak Sha lah.. Yang ini memang sedap dan best sebab tak terlalu pedas.. Kalau campur bahan lain lagi puas makan.. hehehe..

Harga satu pek ini RM5.65 dan dalam pek ini ada 5 pek kecil..

Mi Goreng Cili ala Kampung..

Perencah yang ada ialah Minyak, kicap dan juga serbuk perencah serta bawang goreng..

Lepas rebus maggi dan tapis, tuang semua perencah kecuali bawang goreng.. Kemudian gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.. 

Kalau korang sukakan bawang goreng, bolehlah taburkan sebelum makan.. Sha memang tak suka, jadinya Sha terus je makan lepas siap gaul.. Ini adalah versi ringkas dan cepat.. Kalau rajin, boleh je tumis.. Tambah sayur dan telur..

Komik | Siri Putera 22: Peladang Pulau Berjaya: Pertanian oleh Kaoru, Candy Factory

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang menggembirakan.. Menyampaikan isi mengenai tumbuh-tumbuhan dan kebaikan bertani secara organik.. Sayur-sayurannya lebih sihat dan berkhasiat untuk dimakan.. Bacaan santai yang sesuai untuk anak-anak dan juga orang dewasa.. Walaupun komik ini bersiri namun setiap satu siri masih boleh dibaca secara berasingan kerana topiknya berbeza.. Selain dari komik, ada juga info dan maklumat mengenai tumbuh-tumbuhan dan cara penanaman..

Sha baca dan selesai pada 25.03.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published June 2019 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Daerah Bebas & Zon Merah Covid-19

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dibawah ini Sha kongsikan daerah yang masih bebas dari Covid-19 dan juga Daerah yang sudah menjadi Zon Merah untuk kes Covid-19.. Apa pun Sha doakan semua rakyat Malaysia diberikan kesihatan yang baik dan Malaysia pulih dari Virus Covid-19 ini.. Stay at home and stay safe ye kawan-kawan.. 

Pastikan daerah anda bebas daripada jangkitan COVID-19:
1. patuhi Perintah Kawalan Pergerakan: DUDUK DI RUMAH
2. kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer
3. Jarakkan diri 1 meter daripada orang lain (penjarakkan sosial)

Jagalah kampung dan Kawasan setempat bebas dari jangkitan COVID-19. Taburan daerah yang bebas COVID-19 di Malaysia.

11 daerah zon merah penularan jangkitan #COVID19 yang melebihi 41 kes. 
Anda yang berada di daerah- daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan terutama duduk di rumah.
Stay at home to stay safe

Thursday, March 26, 2020

Day 9 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini macam down sikit.. Tak banyak yang dilakukan.. Sha tolong rakan encik suami jualkan kerepek Ubi dia di dalam kawasan Kuarters.. Alhamdulillah ramai yang sudi membeli.. Masih berbaki lebih kurang 25 pek yang perlu dijualkan.. Selebihnya membantu anak-anak melakukan kerja sekolah yang disampaikan oleh cikgu melalui group WhatsApp dan masak.. Membaca pun tak.. Menonton drama pun tak hari ini.. Semangat macam down sikit.. Malam ini nak tidur awal dan tenangkan fikiran.. Semoga kita semua dilindungi Allah dari virus Covid-19 ini dan fitnah manusia.. Aamiin.. Take care ye kawan-kawan..

Segmen Bloglist 2020 Cida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Segmen oleh Shu.. Terima kasih Shu jemput Sha joint..

Tamat pada 31 Mac 2020..

Komik | Sonic The Hedgehog: Tangle & Whisper #0 by Ian Flynn

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain PNM e-Reader dan Oakbee Buffet, Sha juga membaca menggunakan akaun Google Play Books.. Di sini Sha baca yang free je.. Nak beli pun boleh.. Cuma Sha belum pernah beli lagi dari sini.. 

Ini komik berwarna 14 muka surat je.. Pengenalan kepada Tangle & Whisper.. Tapi sikit jelah sebab ini buku pengenalan je.. Selebihnya kenalah beli untuk baca.. hehehe.. 

Sha baca dan selesai pada 25.03.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.. Di SINI..
Published April 24th 2019 by IDW

Pesanan Dr. Adelin Zin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan info mengenai Covid19 ini.. Mungkin yang ini lebih mudah untuk kita faham.. Sha pun panik juga bila diberitahu hayatnya si Covid19 ini lama bila duduk dekat permukaan tertentu.. Harapnya apa yang dikongsikan loeh Doktor Adelin Zin ini dapat mencerahkan lagi pemahaman kita mengenai Covid19..


“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat kovid19”
“Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?”
“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”

Semua dah cuak lepas keluar pernyataan berapa lama Covid19 bertahan pada setiap permukaan yang berbeza. Sabar, tarik nafas.. hembus 😄

Walaupun dinyatakan berapa jam si Covid19 tu boleh melekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana. Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah :

💧 1. Covid19 menjangkiti kita dalam bentuk droplet (titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin, selsema. 

💧2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, “melompat” paling jauh pun 1 meter. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Ini lah sebab nya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnya takpe sidai baju kat luar rumah.

💧3. Virus ni kena ada perumah / host / senang cerita “manusia” untuk hidup.

💧4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia takde perumah melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan tu). 

💧 5. Cara nak matikan si Covid19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transfer kan Covid19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.

Jadi anda harus ingat TIGA sahaja :

1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.

2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid19 nyah dari tapak tangan anda.

3. Sumber penularan Covid19 adalah tangan dan droplet anda. 

Maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan pergi cium plastik roti gardenia tu pulak sebab barang rare kan.

Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu. Kalau sekarang anda tak ikut saranan KKM mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.

Nota kaki ❗
- Bila hari gaji, tolong jangan berpusu-pusu pergi ke bank. Kalau anda ada jawatan dekat bank, arahkan ada gap 1 meter setiap customer. Untuk mereka yang dah berusia, minta tolong anak yang keluar untuk ambilkan duit. Jangan risiko kan mereka..
- Jangan belanja sakan sangat, beli apa yang perlu sahaja sebab wabak ni tak tahu sampai bila. Seriously we dont know when it will end.

Credit : Dr Adelin Zin

#stayathome
#fromhyetobyecovid19
#kawalanpergerakan

Novel | Survival oleh Arifful Baqi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang novel yang power.. Kisah survival yang menakutkan.. Bila dikelilingi oleh mereka yang tak ada perasaan bersalah untuk membunuh, manusia yang memakan daging manusia dan juga King yang kejam bukan mudah.. Namun Amri berjaya membina persahabatan dan tetap mahu berubah.. Buku ini berjaya menyembunyikan siapa King dan keseluruhan jalan cerita disampaikan dengan penuh suspen dan mendebarkan..

Manusia yang ingin berubah bukan mudah namun kita diberikan pilihan dan juga jalan.. Pilihan di tangan kita sama ada nak jadi jahat ataupun baik dan buku ini menyampaikannya dengan sangat cantik.. Memang ohsem..

Sha baca pada 22.03.2020 dan selesai pada 24.03.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published June 2019 by Buku Prima

Wednesday, March 25, 2020

Day 8 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebak rasanya bila dengar pengumuman PM mengenai penambahan waktu Kawalan Pergerakan dan bacaan doa.. Lepastu malamnya dapat berita suami sepupu encik suami pula disahkan positif Covid-19.. Allah.. Tak tahu macam mana nak tolong anak-anaknya.. Mereka masih menanti keputusan ujian.. Harapnya tak ada apalah..

Aktiviti seharian ini.. Mengulangkaji pelajaran, mengaji,membaca buku.. Pagi sarapan Roti Gardenia yang rare bersama sambal sardin semalam.. Makan tengahari pula nasi putih, nugget dan hotdog je.. Malam pula kami makan nasi goreng sotong.. Sha pula berjaya baca dua buah buku.. 

Drama Korea | Tell Me What You Saw (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang perempuan yang mempunyai memori fotografik berusaha menjadi seorang polis untuk mencari pembunuh ibunya.. Berkerjasama dengan seorang profiler yang menyembunyikan diri selama 5 tahun.. Mereka dipertemukan kerana 1 kes pembunuhan yang menyerupai kes 5 tahun dulu.. Bukan mudah menyiasat kerana pembunuh ada berdekatan dengan mereka.. Memang mengejutkan bila tahu siapa pembunuhnya.. Kejadian yang saling berkaitan antara mereka oleh sang pembunuh memang mengejutkan.. Namun manusia diberi pilihan untuk jadi jahat atau pun baik.. 

Cerita yang mendebarkan dan menyeronokkan.. Suka tengok perkembangan cerita dan penjelasan satu-satu kejadian.. Di mana pun tetap ada manusia yang baik dan jahat.. Polis baik dan juga jahat.. Kita yang kena bertanggungjawab dengan pilihan yang kita buat..

Episod 9
Ha Young: Not all thruths can be seen with the eyes.
Su Young: If not, then what am i supposed to see?
Hyun Jae: What people really want to say.
Su Young: Then what?
Hyun Jae: Then you'd be able to see everything as is.

Drama: Tell Me What You Saw
Also Known As: Bondaelo Malhala, Talk as You See, Speak as Seen, Say It as You See It, Speak as You See, Call It Like You See It, Say What You Saw, Bondaero Malhara
Directors: Lee Joon Hyeong
Genres: Suspense, Thriller, Mystery, Crime, Detective, Investigation
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 1, 2020 - Mar 22, 2020
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: OCN
Duration: 60 min.
Oh Hyun Jae used to be a top criminal profiler. He solved many cases with his skills, but one day an explosion, caused by a serial killer, ended the life of his fiancé. After the horrific incident, Oh Hyun Jae vanished and he now lives in seclusion. Meanwhile, Cha Soo Young is a police officer in the countryside. She has a special ability which allows her to remember exactly everything she sees. Due to her special ability, she is selected as a rookie detective who will partner with Oh Hyun Jae informally. Together they work to solve cases and uncover the truth behind the Peppermint Killer, the resurfaced serial killer who murdered Hyun-Jae's fiancé five years ago. 
(Source: AsianWiki)

Novel | Potret Warkah Dari Hokkaido oleh Syauqie M. K.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang dah lama menjadi idaman untuk dibaca.. Sha suka gaya penulisan dari penulis ini.. Buku ini lengkap dengan misteri, penyiasatan, thriller, persahabatan dan juga kekeluargaan.. Memang menarik bagaimana penulis berjaya mengolah dari sebuah gambar, potret menjadi satu cerita yang mengujakan dan juga menyedihkan.. Pencarian cucu dalam menjejak sejarah keluarga memang ohsem.. Penceritaan yang berselang seli antara watak dan tahun juga tidak mengelirukan malah menjadikan buku ini menarik.. Mahukan kelainan?? Cubalah baca buku ini..

Sha baca dan selesai pada 22.03.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 1st 2018 by Pukat Pikat Press

Wordless Wednesday 2020


Day 7 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam dah hari ke 7.. Tak buat apa pun kecuali bayar duit pengasuh.. Encik suami je yang keluar pergi rumah pengasuh dan bayar.. Lepas tu tengok anak-anak ulangkaji pelajaran.. Walaupun tak sekolah kenalah juga belajar kan.. Kartun tetap layan.. Sha pula habiskan baca novel Survival oleh Arifful Baqi.. Novel yang ohsem.. Semalam 3 kali masak.. hehehe.. Lapar pula semua yang ada dalam rumah nie.. Pagi buat cekodok kentang, tengahari goreng ayam, masak nasi dan buat sambal kicap.. Malamnya masak nasi, goreng telur dadar dan buat sambal kicap.. Esok tak tahulah nak masak apa.. hehehe.. Pening dah duduk rumah 7 hari tanpa keluar..

Semalam juga dapat berita sedih.. Sepupu encik suami positif Covid-19.. Beliau berkerja di Hospital Teluk Intan, kini dah dipindahkan ke Hospital Ipoh.. Suami dan anak-anak beliau dah diuji cuma belum dapat keputusan lagi.. Harapnya tak ada apalah..


Tuesday, March 24, 2020

Novel | Koloni [M] oleh Auni Zainal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah sains fiksyen yang disampaikan dengan menarik.. Manusia hidup terbahagi kepada 4 personaliti.. Yang cacat dan tak menepati 4 personaliti dibuang ke Bazar.. Manusia selamanya manusia.. Akan ada pemberontakkan tak kiralah seelok manapun sesuatu sistem itu.. Manusia sentiasa tidak berpuas hati dan fitrahnya manusia belajar dari kesilapan yang dibuat.. Novel ini memang menarik dengan olahan dan penceritaan yang tersusun.. Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 22.03.2020..


Published March 30th 2019 by Iman Publication Sdn. Bhd.

Filem Korea | Jesters: The Game Changers (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang mengisahkan tentang sekumpulan Jester (a professional joker or ‘fool’ at a medieval court) / pelawak yang telah diupah untuk membuat cerita dan mengubah sejarah berkaitan dengan maharaja masa tu.. Pada mulanya semua berjalan lancar namun menteri yang tamak telah mula ingin membunuh mereka.. Maka pelawak dan kawan-kawannya melakukan satu lagi penceritaan yang dasyat sebagai hukuman kepada menteri yang jahat.. Cara pelawak tu buat cerita dan sebarkan memang unik.. Sangat profesional..

Movie: Jesters: The Game Changers
Also Known As: Joseon Scammers, The Clowns, Joseongonggalpae, Gwangdaedeul: Pungmunjojakdan, Joseon Gonggalpae, Gwangdaedeul
Screenwriter & Directors: Kim Joo Ho
Genres: Historical, Comedy, Drama
Country: South Korea
Release Date: Aug 21, 2019
Duration: 1 hr. 48 min.
Deok Ho and his gang make ends meet by racketeering around the country. Han Myeong Hoe, King Sejo's right-hand man, thinks highly of their talents and encourages them to work for the country. Funded by the government, Deok Ho and his men use more theatrical and sophisticated devices to create incredible events, such as a pine tree lifting its branches by itself, sweet rain falling from heaven, and rainbows forming wherever King Sejo goes.
(Source: HanCinema)

Novel | Khayalan oleh Hasif Rayyan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gigih membaca bila jumpa buku-buku yang best dan menarik.. Kali ini Sha baca juga menggunakan Aplikasi PNM e-Reader.. Nampak PNM dah mula tambah buku-buku baru yang menarik..

Khayalan ini membawa kita melalui hidup Hasif yang tenggelam dalam ketakutan dan mencipta dua bayangan yang mengganggu dan membantu Hasif.. Bila terlalu takut dan memendam, bayangan hitam akan mula mengganggu Hasif.. Buku ini mengajar kita untuk belajar meluahkan dan jangan berteka-teka.. Tak semestinya apa yang kita teka tu betul.. Lebih elok bertanya dan dapatkan penjelasan.. Pasti ada jalan penyelesaian berbanding memendam dan menyimpan rasa sehingga memakan diri..

Sha baca dan selesai pada 21.03.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 2019 by Iman Publication

Monday, March 23, 2020

Day 6 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini bangun terus rasa blur bila tengok angka kematian dah naik lagi.. Menjelang petang makin naik.. Lepas tu tengok pula pengumuman oleh Perdana Menteri kita.. Tak tahu nak rasa apa.. Tu belum lagi baca ayat-ayat yang menghina golongan tabligh.. Semoga kita semua dalam perlindungan dan rahmat Allah.. Harapnya cepatlah berlalu musibah ini..

Hari ini dua kali masak.. Tiba-tiba orang dalam rumah ini semua kelaparan.. hehehe.. Pagi bancuh air teh dan makan roti je.. Tengahari Sha masak seperiuk bubur nasi (campur kentang dan bawang) dan goreng ikan.. Eh!! Sekali habis.. Petangnya masak nasi goreng dan daging black paper.. Eh!! Habis juga.. Betul-betul lapar mereka ini.. Hari ini Sha tak berjaya habiskan bacaan sebab layan 2 drama Korea.. Sempat habiskan Tell Me What You Saw je sebab tinggal 4 episod akhir.. Satu lagi baru sampai episod 6.. Esoklah sambung.. hehehe.. Korang buat apa ye?? 

Drama China | The Man from the Future (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama pendek yang padat dan okaylah untuk habiskan masa.. hehehe.. Cerita dia simple je.. Seorang adik yang ingin menyelamatkan abangnya kembali ke tahun 2012.. Malangnya bukan semudah yang disangka.. Kemalangan yang berlaku membongkar sikap manusia di sekeliling.. Yang nampak baik belum tentu baik.. Berbaloi ke perbuatan beliau bila menyelamatkan abang yang sepatutnya mati.. Siapa kita untuk mengubah sejarah... Bukan mudah sebenarnya untuk mengubah sejarah..

Drama: The Man from the Future
Also Known As: Wo De Wei Lai Nan You, My Future Boyfriend, The Man From Future
Genres: Mystery, Romance, Fantasy
Country: Taiwan
Episodes: 10
Aired: Sep 28, 2017 - Oct 27, 2017
Aired On: Thursday, Friday
Original Network: Vidol
Duration: 45 min.
What can five years change in your life? When Nan Gong Yu returns home after being away for five years, he meets Wu Jie En by accident, and the two fall in love. Gong Yu’s family is still devastated by an arson fire in 2012 that claimed the life of Gong Yu’s brother, Nan Gong Tian. When Gong Yu discovers a time machine that can take him back to 2012, what will he learn about the accident that changed his family’s life forever? Will it affect his current relationship with Jie En?
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com