Friday, March 20, 2020

Day 2 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjayalah duduk dalam rumah dan tak keluar ke mana kecuali menjemur pakaian dan mengambil pakaian.. Selebihnya memang berkurung dalam rumah.. Dapatlah tengok KDrama The Cursed sampai habis dan baca sebuah novel.. Selebihnya memasak, mandikan anak, pastikan anak-anak makan dan mandi lagi, solat jemaah bersama dan mengaji.. Sha pun 3 kali mandi.. Basuh tangan usah cakaplah.. Kerap minum air.. Baru dua hari pun dah rasa tak tentu arah.. Kalaulah berlanjutan, tak tahulah..

Menu semalam.. Pagi sarapan nasi goreng, sosej dan nugget.. Tengahari dan malam makan kari ayam dan sup sayur.. Anak-anak berulang ke dapur makan biskut dan minum susu.. Sempat jugalah encik suami jahitkan purdah sebab mask tak ada dah.. Dekat online pun harga mahal ya amat..

Haraplah yang lain-lain pun ikut perintah Kawalan Pergerakan.. Duduklah di rumah.. Supaya virus ini dapat dikawal.. Kalau ingkar juga, risau bertambah masa kita disuruh duduk di rumah.. Kesian dekat mereka-mereka yang tetap kena bertugas demi kesihatan kita.. Pengorbanan mereka meninggalkan keluarga demi kita.. Hargailah dan ikutlah perintah untuk kekal dalam rumah.. InsyaAllah, semoga virus Covid-19 ini dapat dikawal dan dihapuskan..

Anda duduk diam di rumah biar kami bekerja untuk anda. #KitaJagaKita #PerintahKawalanPergerakan 🥰kredit
#artortoiseMY

3 comments:

  1. Betul tu kak.. bukan petugas sahaja byak sgat kesannya kalau dilanjutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal.. harap sangatlah Rakyat Malaysia ini duduk diam dalam rumah dan patuh arahan..

      Delete
  2. Betul tu kak.. bukan petugas sahaja byak sgat kesannya kalau dilanjutkan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »