Thursday, March 19, 2020

Day 1 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu.. Semalam berlalu dengan jayanya.. Alhamdulillah walaupun duduk di rumah, berjaya membantu encik suami melunaskan kerjanya.. Beliau kena ambil bas di bengkel dan bawa balik ke Pejabat.. Sha temankan sebab kalau dia pergi sorang, siapa pula nak tolong bawa balik kereta kami.. Memang keluar untuk ambil bas je.. 

Pagi masak sambal sardin untuk sarapan.. Sedap wei Sardin jenama PERTIMA keluaran bumiputra dari Terengganu.. Tengahari goreng iman pekasam buat lauk tambah.. Anak-anak tetap berulang ke dapur makan biskut dan minum susu.. Mujurlah dah buat stok siap.. Sambil tu teman anak-anak membaca dan menonton filem..

Makan malam Sha masak nasi goreng je.. Lepas tu encik suami goreng nugget untuk Imani dan telur untuk Amani.. Lepas makan Imani belajar membaca dan menulis.. 

Banyak sebenarnya yang boleh dibuat walaupun duduk di rumah.. Kawan-kawan yang tak ada bahan bacaan fizikal bolehlah melayari https://pnm.elib.com.my/ dan https://www.u-library.gov.my/portal/web/guest/home untuk membaca menggunakan telefon ataupun laptop.. 

Santai bersama..

3 comments:

  1. bagi akak yg dah jd surirumah ni bila ada kawalan pergerakan tu x la rasa mereput ke hapa mcm org dok katakan tu sbb rumah adalah syurga dan tempat yang paling best utk bersenang senang

    ReplyDelete
  2. Orang pompuan, duduk rumah pun macam tak cuti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »