Monday, March 23, 2020

Day 6 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini bangun terus rasa blur bila tengok angka kematian dah naik lagi.. Menjelang petang makin naik.. Lepas tu tengok pula pengumuman oleh Perdana Menteri kita.. Tak tahu nak rasa apa.. Tu belum lagi baca ayat-ayat yang menghina golongan tabligh.. Semoga kita semua dalam perlindungan dan rahmat Allah.. Harapnya cepatlah berlalu musibah ini..

Hari ini dua kali masak.. Tiba-tiba orang dalam rumah ini semua kelaparan.. hehehe.. Pagi bancuh air teh dan makan roti je.. Tengahari Sha masak seperiuk bubur nasi (campur kentang dan bawang) dan goreng ikan.. Eh!! Sekali habis.. Petangnya masak nasi goreng dan daging black paper.. Eh!! Habis juga.. Betul-betul lapar mereka ini.. Hari ini Sha tak berjaya habiskan bacaan sebab layan 2 drama Korea.. Sempat habiskan Tell Me What You Saw je sebab tinggal 4 episod akhir.. Satu lagi baru sampai episod 6.. Esoklah sambung.. hehehe.. Korang buat apa ye?? 

8 comments:

  1. klu lama lagi PKP ni berlangsung..mmg habis stok makanan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. harapnya cepatlah habis PKP nie..

      Delete
  2. Stay at home ni memang banyak sesi masak-masak dan makan-makan :-)

    Semalam Mrs. A pergi ziarah wife cousin meninggal memang banyak kali fikir nak pergi ke tidak tapi tawakal ajelah dan sedara rapat takkan tak pergi kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa mereka nie nak makan je memang jenuhlah masak.. hehehe..

      Delete
  3. Duduk rumah ni memang mencabar nafsu makan sebab takde banyak kerja nak buat hahah. Saya banyak duduk dalam bilik tengok drama je. Kalau rajin, kemas2 lah sikit rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemas kemas sikit tu samalah kita.. hehehe..

      Delete
  4. Nak tunggu seminggu lagi PKP ni
    Silap2 tambah lagi seminggu dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya macam akan ada pertambahan masa PKP nie..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »