Friday, March 20, 2020

Day 3 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa hari ini?? Hari ini dah hari ketiga.. Terasa lambat masa berlalu.. Awal pagi tadi dapat info dari group WhatsApp yang kedai jual makanan basah akan ditutup mulai esok.. Terus bergegas Sha dan encik suami keluar ke kedai.. Stok ikan dan ayam dah menyusut.. Alhamdulillah.. Sempat beli ayam dan ikan untuk rumah Sha dan rumah MIL.. Koreklah duit mana yang ada dulu.. Gaji minggu depan baru keluar.. Dah alang-alang keluar tu, menyinggahlah kami ke TF Value Mart.. Banyak lagi barang.. Alhamdulillah.. Balik rumah mengerjakan ikan dan ayam lah pula kita.. Disebabkan kepenatan, masak sup sayur dan goreng ikan je..

Anak-anak, macam biasalah.. Sepah rumah, makan, bergaduh, membaca dan tengok tv.. Gitulah rutin mereka setiap hari.. hehehe.. Encik suami pula keluar balik petang tadi untuk carikan barang rumah MIL.. Dalam pukul 3 lebih macam tu Encik Suami balik kampung hantar barang MIL.. Bila dah ada askar bertugas mulai Ahad, risau juga nak ke mana-mana.. Itupun sepanjang jalan encik suami kena tempuh 2 roadblock.. Tapi tetak di teruskan sebab nak hantar barang keperluan MIL supaya barang rumah MIL cukup untuk kegunaan MIL.. Dah ajak duduk dengan kami, MIL tak nak.. Runsing duduk rumah flat ini.. Agak terkurung berbanding rumah MIL sendiri.. Lapang dan selesa MIL nak bergerak ke mana-mana.. Kamilah risau tak boleh nak balik.. Semoga Allah melindungi MIL..

Kuih tu beli dekat kawan di kuarters ini.. Dia hantar ke rumah.. Buat sarapan pagi.. Budak berdua tu pula tengah seronok menonton tv dan membaca.. Ini masa baik, kalau datang angin puting beliung memang bercekaulah deme.. Sha pula hari ini sempat blogwalking beberapa blog, buat entry Giveaway dan entry blog.. Buku malam ni baru nak start.. Drama tak sempat nak tonton.. hehehe..

7 comments:

  1. 2 minggu PKP ni banyaklah masa kat rumah.

    ReplyDelete
  2. alamak esok baru nak ajak jijoi belikan barang basah stok seminggu dua ni. harap masih ada kesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekalan sentiasa ada.. cuma ada kedai runcit yang dah mula tak beroperasi..

      Delete
  3. Family time.. inilah masanya wlulun umah pun x rupa umah hha.. sama la umh mma pun dh mcm apa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan Kak Adda.. bukan selalu dapat macam nie..

      Delete
  4. Banyak yang perlu dikawal masa PKP ni. Harap semuanya baik baik je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com