Monday, March 30, 2020

Day 13 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 13 hari.. Rasa macam perlahan je masa berlalu.. Maka hiburkanlah hati dengan perkara yang positif.. Yang negetif tu kita ketepikan je.. Hari ini tak sempat layan buku/ebook.. Ralit buat kerja dan melayan filem serta animasi.. hahaha.. Animasi ohsem.. Nanti Sha review..

Dalgona Coffee
2 sudu kecil nescafe
2 sudu kecil gula
Sedikit air panas
Pukul sampai dia gebu gebas.. Nak manual boleh, nak guna mixer pun boleh..
Lepas tu bubuh ais dalam galas, tuang fresh milk dan akhir sekali bubuh nescafe yang dah gebu tadi atas dia..

Kebetulan ada kawan encik suami pos dekat Whatsapp, ada orang jual ikan kembung ini sekilo RM7.. Teruslah Sha ambil 2 kg.. Dapatlah dalam 31 ekor.. Cukuplah untuk seminggu ini.. Segar ikannya.. Memang sedap makan.. Dalam keadaan macam ini barulah berguna group-group whatsapp yang ada.. Penyebaran mengenai info semasa, makanan delivery dan juga keperluan rumah.. Ini ada juga yang ambil kesempatan menyebarkan maklumat yang belum tentu sahih dan mencetuskan kegusaran pada yang membaca.. Macam-macam manusia ini.. 


8 comments:

  1. wah byk tu dpt 31 ekor..okla..aritu nk bli ikan kembung tp kecik2 so beli ikan mabong.....dalgona coffee....kacau manual mmg lenguh hehe

    ReplyDelete
  2. tak try lagi dalgona coffee, haha!

    ReplyDelete
  3. segarnya tengok ikan-ikan tu kak.. rebus cicah dengan air cabai(orang kedah panggil). mau terangkat. hehe

    ReplyDelete
  4. belum terbuat lagi la.. musim kini susah nak dpat fresh milk..

    ReplyDelete
  5. yup spend masa dengan benda positif semasa kawalan pergerakan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »