Saturday, July 14, 2018

Resepi Mee Ramen

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sha makan ramen.. Taklah.. Mee je mee ramen.. Sha buat mee goreng biasa je.. Cuma guna mee ramen, tak guna mee kuning.. Senang dan tak ada rasa kapur.. Resepi kali ini tak ada tutorial sebab dah kalut-kalut nak hantar Imani ke sekolah.. Bahan pun apa yang ada kat rumah je.. Kalau banyak seafood lagi sedap.. Kikiki.. 

Inilah mee ramen tu.. Dalam bungkusan ini ada 3 pek kecil.. Sha suka mee ini sebab tak ada rasa kapur.. Bilas dengan air paip je dah cukup.  Tak payah nak basuh dengan air panas ke apa.. Masak pun senang.. 

Resepi Mee Ramen
Bahan-bahannya:-
Sebungkus Mee Ramen
Semangkuk sotong yang dah dipotong
Semangkuk lobak merah dihiris halus
Seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cili giling/blend
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 biji telur
Minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan kuali dan tumis bawang yang ditumbuk tadi.. Setelah naik bau, masukkan cili giling dan tumis hingga cili garing.. Kemudian masukkan lobak merah dan sotong.. 
Masukkan mee ramen, sos cili, sos tiram dan kicap pekat.. Gaul rata dan buat lubang di bahagian tengah kuali.. Pecahkan telur dan kacau mee bersama telur bagi sekata.. Biarkan 2-3 minit.. Mee dah siap.. 

Basuh mee dengan air paip dan lerai-leraikan mee.. 

Telur, lobak merah dan sotong.. 

Dah siap.. 

12 comments:

  1. nanti nk try mee ni pulak la.. x pernah try agik.. biasa pakai mee kuninh tu jek

    ReplyDelete
  2. Ada jenama mi kuning premier ye.sbb lama dah rabia tak makan mee kuning.

    ReplyDelete
  3. nyum nyummm sedappnyaa... macam nak cuba masak ni.

    ReplyDelete
  4. mee dia nampak kenyal. Sama lah kita tak suka mi biasa sebab ada rasa kapur tu

    ReplyDelete
  5. Wah, macam menarik aje resipi nie.. nanti nak cubalah buat...

    ReplyDelete
  6. Uniknya..tak pernah lagi makan mee ramen macam ni..

    ReplyDelete
  7. boleh cuba juga nanti ni sebab akak tak pernah beli mee ramen nih

    ReplyDelete
  8. yg x mkn sayur suka laa tu mi ni ;-)

    ReplyDelete
  9. eh sama lah MN pun guna mee ramen nie...tapi goreng macam mee goreng biasa tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »