Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam malam (10.07.2018) kuarters Sha duduk ini buat jamuan raya stail potluck.. Kali ini lebih ekonomi dan mengikut kemampuan.. Sebab dah hujung-hujung ini, masing-masing agak kekurangan dari segi kewangan kan.. Jamuan inipun sekadar nak merapatkan ukhwah sahaja.. Sesekali berkumpul dan beramah mesra antara jiran.. Walaupun ada juga yang tak mahu menyertai aktiviti sebegini, tapi mana yang ada pun dah cukup meriah.. Disebabkan dalam group blok dah disenaraikan masing-masing bawa apa, tak adalah menu yang sama.. Lepas tu pinggan mangkuk bawa sendiri..
Antara menu yang ada ialah meehoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi impit + kuah kacang, rendang, buah-buahan, kek, brownies, keropok lekor, kerepek, nugget/kentang dan air..
Yang ini masa Politeknik buat jamuan raya.. ada photobooth.. Sakanlah bergambar.. Jamuan ini memang melibatkan semua jabatan.. Meriahlah.. Macam-macam ada.. Kambing golek yang paling mengancam.. Tapi terlupa pula nak snap gambar makanan.. kikiki..
meriah jamuan raya sana-sini..
ReplyDeleteSelagi Syawal tak habiskan.. kikiki..
Deleteala kenapa ada yang taknak join, best kot benda mcm ni
ReplyDeleteBiasalah Sha.. Manusia nie macam-macam perangai..
DeleteAlhamdulillah tak perlu majlis grand-grand yang penting ukhwah dan silaturrahim dapat dikekalkan dan dieratkan sempena bulan Syawal ini.
ReplyDeleteStail potluck lebih terasa kemesraannya.
Betul tu Mrs A..
Deleteseronoknya beraya ;d
ReplyDelete:)
DeleteBetullah Sha..... buat potluck mcm ni lagi jimatkan....Dapat rasa makanan lain lain. Sekali harung boleh jumpa pun ye hahaha...Yang penting dapat mengeratkan ukhwah gitu.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin Sha
suka potluck..sebab dapat menikmati banyak dan pelbagai jenis juadah
ReplyDeletemeriah..secara tak langsung dpt eratkan silaturrahim ssesama jiran
ReplyDeletemata nampak perkataan brownies je, kalau ada brownies memang meriah :D
ReplyDeletemeriah jamuan raya, seronok dapat beraya dengan jiran2 walaupun ada yang taknak join itu biasakan dekat mana2 pun sama
ReplyDelete