Tempoyak Goreng - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, July 19, 2018

Tempoyak Goreng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best betul jalan-jalan dekat blog Kak Farah.. Ada je resepi yang mudah dan senang nak dibuat yang Kak Farah Share.. Kali ini resepi tempoyak goreng.. Bila Sha buat, Sha akan olah ikut kesesuaian Sha.. Bukan apa, selera kita dengan selera orangkan tak sama.. Resepi asal boleh tengok di SINI..

Tempoyak Goreng
Bahan-bahannya:-
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
 
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili api & 1 tangkai cili merah (boleh guna cili merah/hijau)

 
 Petai yang dah dibuang kulit. Tak nak bubuh pun takpe.. Terpulang anda.. Sha memang suka petai..

 
 Segenggam kecil ikan bilis, digoreng hingga rangup dan diketepikan.

 
 Tempoyak

Cara memasak:-

 
 Cili padi, Cili merah, Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.. Nak kisar atau hiris sahaja pun boleh.. Terpulang..

 
 Panaskan minyak. Tumis bawang besar/bawang merah, bawang putih dan cili api yang dah ditumbuk. Boleh masukkan gula dan garam..

 
 Masukkan tempoyak dan kacau-kacau di atas dapur sehingga tempoyak masak dan bertukar warna.

 
 Masukkan petai dan biarkan sekejap..

 
 Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sekata. Angkat dan hidangkan.

 
 Sambal tempoyak goreng dah siap.. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.. Sha buat banyak.. Bila nak makan, cedok dalam bekas lain dan makan dengan nasi..

17 comments:

  1. X pernah makan... tp nampak cam sedap jek...

    ReplyDelete
  2. tengok macam selera sangat makan dengan nasi panas. tapi shu tak reti makan tempoyak ni, durian saja reti. hahaha

    ReplyDelete
  3. semalam baru akak buat ni, cuma satu je kurang petai takde, kalau tak mesti lagi sedap

    ReplyDelete
  4. sedapnya sambal tempoyak tu. Tapi kalau buat dekat rumah ne miza sorang jew makan

    ReplyDelete
  5. hah td tgk kt blog farah tu la menu tempoyak goreng..1st time dgr

    ReplyDelete
  6. nampak sedap walaupun saya kurang gemar dgn tempoyak..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  7. sha. aida tiru resepi ekk.
    sedap nyer lah.

    ReplyDelete
  8. saya tak boleh makan tempoyak ni.

    ReplyDelete
  9. takpernah makan tempoyak, tak lalu haha.

    ReplyDelete
  10. wow...menyelerakan..

    lauk tempoyak sahaja dah cukup..

    tak perlu lain lain..

    lebih jimat la

    ReplyDelete
  11. Sedapnya, last time pernah makan ada kawan bawa ke ofis masa tu. Memang menyelerakan :)

    ReplyDelete
  12. Ohh tempoyak goreng ... ingatkan goreng camner tadi. Ni biasa wife saya masak ni, tak tahu pulak namanya tempoyak goreng .. hehee...

    ReplyDelete
  13. Wahh nampak sedap ni kak. Kena simpan resepi ni

    ReplyDelete
  14. nak buat resipi ni tapi tempoyak tak jumpa padahal tengah musim

    ReplyDelete
  15. sambal tempoyak kalau Fiza panggil.. makan nasik panas2 mmg menambah la jawabnye.

    ReplyDelete
  16. Okey jugak buat tempoyak goreng mcm ni... Kebetulan ada tempoyak kat rumah ni. Nanti nak cuba lah resepinya.

    ReplyDelete
  17. baru tahu ada sambal tempoyak goreng..nampak sedap

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..