Buku Nilam Amani - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, July 16, 2018

Buku Nilam Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila ada anak sekolah, setiap hari kena ingatkan pasal kerja sekolah.. Tambah kalau hari Jumaat, lagilah sebok.. Mana nak suruh anak basuh kasut sekolah.. Nak pantau buat kerja sekolah lagi.. Amani memang Sha akan suruh basuh kasut sekolah petang Jumaat.. senang kalau hujan pun ada dua hari untuk kasut kering.. Kerja sekolah pun macam tu.. Jumaat malam memang Sha suruh buat bagi siap.. Sebab Sabtu & Ahad kadang nak berjalan, nak tengok kartun.. Senang..

Jumaat (13.07.2018) Sha dah ingatkan Amani suruh siapkan kerja sekolah.. Amani cakap tak ada kerja sekolah.. Cuma nak isikan buku NILAM (Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM) je.. Kena bubuh 15 buah buku cerita.. Dari hari Jumaat suruh buat sampailah ke hari Ahad, tak siap-siap.. Memang Ahad tu membebel-bebel lah Sha.. Sebab Ahad tu nak balik kampung hantar MIL.. Sambil tolong Amani isi buku NILAM, sambil Sha membebel.. Mak mak kan memang kuat membebel.. Kikiki..

Bila tanya betul-betul, rupanya buku NILAM tu dari awal tahun hari tu dah kena isi, tapi Amani tak beli.. Amani baru je beli hari Jumaat hari tu.. Bayangkan sepatutnya dalam buku NILAM tu dah ada 45 buah buku cerita punya maklumat.. Kena buat dalam masa 2,3 jam.. Memang tak siaplah.. Dapat buat dalam 20 buah je rasanya.. Kat rumah mana ada sangat buku kanak-kanak.. Sha tak beli sangat sebab Amani tak pandai nak jaga lagikan.. Karang kalau isi novel-novel Sha, mau tergamam cikgu nengok buku NILAM Amani.. kikiki..

Amani ini kalau ikutkan memang rajin membaca sebab Sha rajin pinjam buku kanak-kanak dari Perpustakaan tempat kerja Sha.. Cuma dia tak bagi tahu kena isikan dalam buku NILAM je.. Kalau tak memang lebih 45 buah dah..

 

Apakah itu Program NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Sumber dari SINI..

10 comments:

  1. semoga amani sukses dalam akademik.. :)

    ReplyDelete
  2. bagus amani ikut jejak sha suka baca buku tu

    ReplyDelete
  3. anak2 akak pun tak isi sangat buku nilam ni sha, jenuh dah cakap tapi macam tu juga, membebel mama dorang ni ha

    ReplyDelete
  4. Nasib baiklah sempat juga siapkan sampai 20 buku. Banyak juga tu.

    ReplyDelete
  5. hahaha..teringat masa kena isi buku ni dulu...kenangan betul

    ReplyDelete
  6. dulu rajin membaca sbb nk sijil nilam. hehe

    ReplyDelete
  7. banyak tu 20 buah buku... syabas!!

    ReplyDelete
  8. Ana dulu pun cmtu. Bila nak check baru menggelabah isi. Copy paste sinosis je lah jadinya

    ReplyDelete
  9. hahahaha kalau isi buku nilam kaksha mahu dapat award terus

    ReplyDelete
  10. anak2 aida bab buku nilam memang fail.
    diorang tak amik port sgt :)
    aida pun tak pantau, sha hi hi hi...
    good luck, amani. moga jadi pembaca terbyk.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..