Friday, October 9, 2020

Filem Melayu | Kelaster (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengoklah filem ini sebab ada yang komen katanya agak hurm.. 2 pelajar terperangkap di asrama semasa PKP diumukan.. Achey terlalu try hard kot untuk kelakar.. Perjalanan cerita okaylah.. Lebih sesuai dijadikan telemovie rasanya.. Sebab ceritanya agak tak ada hala tuju kecuali pembalasan dendam akibat dianiaya.. Ish.. Ish.. Pada Sha lah.. Korang Sha tak pasti.. Kena tengok sendirilah ye..

JUDUL : KELASTER
GENRE : Seram Komedi
TARIKH TAYANGAN : 24 September 2020
SIARAN TV : Astro First saluran 480 
PENULIS SKRIP : Razif Ajiboy Rashid
PENGARAH : Razif Ajiboy Rashid
PRODUKSI : D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd
PELAKON : Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Meerqeen, Amyza Aznan
Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 
Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

16 comments:

  1. astro first ni yg kene bayar pastu tgk utk 2 hari tu ye?

    ReplyDelete
  2. filem melayu yg buat lepas pkp semuanya macam bosan dan dragging. macam idea pun dah limit sgt.

    ReplyDelete
  3. ada jugak tengok youtuber review memang tak best pun kan..

    ReplyDelete
  4. seram komedi? ada hantu juga tak?

    ReplyDelete
  5. tak best ke sha?? try cari dlm telegram nnt..

    ReplyDelete
  6. Dia punya plot pun dah tak logik. Mana ada 3 orang aje yang terperangkap dengan asrama tu sebab PKP 🤦🏼‍♀️. Tak logik langsung

    ReplyDelete
  7. nak tengok tapi tak nak sakit hati so cancel je lah. Lagipun tak gemar sangat dengan lakonan nora danish

    ReplyDelete
  8. Achey terlalu try hard kot untuk kelakar... adehhh sy x boleh mcm tu. trs turn off nk tgk hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »