Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini Sha kongsikan bagaimana ingin membuat roti canai sarang burung.. Adunan sama je macam buat roti canai, kalau anda pernah buat.. Kalau tak, boleh je pakai roti canai segera tapi lubangkan bahagian tengah dia.. Jom tengok bagaimana roti canai sarang burung dibuat..
Adunan roti yang dah diuli, dibentukan menjadi bulat dan kosong dibahagian tengah seperti gambar diatas.. Sekiranya anda memakai roti canai segera, anda hanya perlu guntingkan dan biarkan ia kosong dibahagian tengah.. Masakan bahagian bawah dahulu..
Setelah sebelah bahagian masak, terbalikkan dan pecah dua biji telur dibahagian tengah.. Biarkan sehingga roti canai masak dan telur setengah masak seblum diangkat untuk dihidangkan..
Inilah rupanya setelah siap dimasak.. Boleh juga taburkan serunding dikeliling telur.. Sha lebih suka makan begini.. Sangat sedap..
Viral ye skrg roti canai sarang burung ni tapi kakmim blom try lg
ReplyDeleteohh terliur tengok telur separuh masak tu... nampak cantik pun ya juga!
ReplyDeleteWow, Kak Sha buat ke tu?.. Sedap je rupa dia. macam telur goyang pun ada yek.
ReplyDeletesedap tu..roti canai lama tk mkn ..last mkn sblum wfh aritu..tp yg sarang burung tk pernh try lg
ReplyDeletemenariknya!
ReplyDeleteSedapkan roti canai sarang burung, tapi saya berat tulang nak menguli tepung. Time pkpb ini, gunakan roti pharata saja untuk bubuh telurnya.
ReplyDeleteoho macam tu buat dia rupanya hehe
ReplyDeleteNampak sedap.
ReplyDeleteAtie selalu order roti kosong dan roti pisang jee.. lepas ni nak try sarang burung pula la
ReplyDeleteNi pon tengah viral nie😘😘
ReplyDelete