Friday, October 2, 2020

Telefilem | Gangguan Psiko Stalker (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Telefilem ini adaptasi dari novel bertajuk Ganggu karya Ayumi Syafiqah.. Sha tak baca novel dia lagi, jadi tak adalah mengharap sangat bila tengok telefilem ini.. Tapi lepas tengok telefilem ini terus rasa macam nak baca novel dia.. hehehe..

Kisah Mikayla yang diganggu lelaki psiko.. Lelaki tu membunuh semua orang yang berdekatan dengan Mikayla dengan alasan ingin melindungi Mikayla.. Memang peliklah sebab lelaki tu muncul tiba-tiba tapi rupanya dah lama stalk hidup Mikayla.. Bila semua ahli keluarga Mikayla dan kawan-kawan dia dibunuh, Mikayla pula terpenjara di wad psikiatri.. Ingatkan semua dah selesailah namun masih berlaku gangguan yang menyebabkan Mikayla mula menyiasat siapa sebenarnya lelaki tersebut..


JUDUL : GANGGUAN PSIKO STALKER
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 September 2020, 9 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Rahim Zali
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PELAKON : Shalma Eliana, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Ziana Zain, Wafariena Roslan, Kufrida, Akmal Ahmad

SINOPSIS GANGGUAN PSIKO STALKER
Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.
Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.
Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.

10 comments:

  1. Baca sinopsis mcm lagi nak tau kisah nya. Nanti kena Cari bukunya nih

    ReplyDelete
  2. Nak tengoklah nanti. Macam interesting je...

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak. Akan tengok sebab ada Ziana Zain gituu

    ReplyDelete
  4. Adooo.. baca sinopsis macam best. Ismail Izzani berlakon.. hurm. dia ke saiko tu kak?

    ReplyDelete
  5. ooooo ni la cerita adik ipar mira filzah tu. Okay macam best la sinopsis dia

    ReplyDelete
  6. kak sha, cita ni sama mcm cita YOU dalam netflix ..tapi 10 episode la... best gila..

    ReplyDelete
  7. Saya dah tonton telefilem ni tapi tak pernah baca lagi novelnya.

    ReplyDelete
  8. Z tu zarul umbrella ke? or ziana zain?😊😊😊

    ReplyDelete
  9. menakutkan je lelaki psiko ni...

    ReplyDelete
  10. Wow.ismail.izzani jadi watak psiko

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com