Thursday, October 15, 2020

Resepi | Nasi Goreng Kimchee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak buat nasi goreng guna kimchi.. Kali ini Sha guna Kimchi yang Sha beli dari sahabat Facebook.. Boleh baca entry bertajuk Makanan | Kimchee ini.. 

Bahan dia ringkas dan ikut apa yang ada dalam peti ais.. hehehe..

Bahan-bahannya:-
Nasi semalam
Semangkuk kecik kimchi
Sekeping daging berger Ramly yang dipatah-patahkan
Sebiji telur ayam
Tak ada dalam gambar
Cili giling sesudu besar
Sedikit garam untuk perasa
Minyak masak 2 sudu
Bawang merah yang dicincang

Panaskan minyak dan goreng bawang bagi wangi..

Masukkan daging berger

Masukkan cili giling dan sedikit air..

Setelah cili garing, masukkan kimchi..

Bolehlah masukkan nasi dan gaul rata..

Ketepikan nasi, biar kosong di tengah.. Bubuh sedikit mentega dan pecahkan telur..
Kacau telur dan nasi bagi sekata..

Bolehlah dimakan bersama telur mata..
Kalau nak pedas lagi bolehlah bubuh cili padi potong..

11 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »