Assalamualaikum..
Hye semua..
Cerita yang ohsem.. Garapan penulis mengenai lelaki yang terlalu angkuh dan taksub dengan kuasa sehingga menyebabkan keturunanya tersiksa.. Lelaki tersebut akhirnya menjadi Batara Karang dan diwarisi keturunannya.. Saat sampai pada Watri, makhluk itu minta disempurnakan dari kesalahan namun ada yang tamak dan membangkitkan semula makhluk tu dengan cara yang salah lalu Watri lepaskannya ke laut.. Syaitan kan.. Sangat pandai memperdayakan.. Dijumpai Haris tanpa sengaja.. Haris yang lemah dan terpedaya telah membawa balik makhluk itu hingga mengorbankan nyawa anaknya.. Rupanya ada ikatan yang menyebabkan Haris terpilih..
Memang menarik baca godaan syaitan yang memukau hingga rumahtangga porak peranda namun diselitkan juga bahawa hubungan suami isteri itu bukan semasa senangnya sahaja.. Ada pasang surutnya dan ada yang perlu dibetulkan jika tersalah.. Penceritaan yang menarik..
Sha baca pada 06.10.2020 dan selesai pada 07.10.200..
Buku ini sha dapat dari pertukaran buku dengan rakan Facebook.
Published 2019 by Nurish Publications (first published October 2018)
Menarik buku ni , not like other buku yang kita boleh predict ending
ReplyDeletepernah nak beli..tp letak balik. sebab suami tegur...jgn beli cerita hantu
ReplyDeleteseramnya cerita dia, tapi rasanya boleh sakit hati klu atie baca ni....
ReplyDeletemacam menarik tapi genre gini tak berapa nak minat...
ReplyDeleteBanyak kerja syaitan buat. Kalau ganggu rumahtangga sampai poark peranda, memang tepuk tanganlah makhluk durjana ini.
ReplyDeletebatara tu apa?
ReplyDeleteApa agaknya ikatan Haris dengan syaitan tu eh. Menarik
ReplyDeleteAlamak. Cover Tu... Menakutkan
ReplyDelete