Saturday, August 15, 2026

๐Ÿ“ท Coretan Sehari | 15 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini seharian Sha sibuk ke hulu, ke hilir.. Lepas briskwalk, bawa Imani ke nursery nak cari pokok kaktus.. Nursery depan politeknik tutup pula, mujurlah dekat Tanjung Malim buka.. Jumpalah kaktusnya dan satu pokok daun.. Ini nak buat kerja kumpulan.. Last minutes baru bagi tahu mak.. Memang membebel-bebellah mak.. Tapi tetaplah carikan juga..

Masa tengah cari pokok, encik suami telefon minta tolong.. Beliau tersadai dekat tepi jalan, kereta habis minyak.. Bocor, encik suami tak perasan.. kikiki.. Jadinya lepas belikan barang-barang keperluan Imani dan hantar Imani ke rumah kawannya, Sha pun geraklah ke Slim Village ambil encik suami.. Lepas ambil encik suami, menyinggah pula ke MR.DIY cari gam untuk tampal bocor tu.. 

Gerak balik rumah nak ambil Amani pula untuk hantar ke rumah kawan dia.. Amani pun nak siapkan kerja sekolah juga.. Ini memang terus sampai malam sebab petangnya nak kerumah kawan lain sebab ada majli BBQ.. Layan je lah, anak-anak dah makin sibuk dengan kerja kumpulan, kerja sekolah..

Banyak kaktus nya tapi yang tak berduri terlalu sedikit.. huhuhu.. Adalah dari tak ada kan..

Hantar kakak Amani pula.. Waktu Sha hantar Amani ini, encik suami pergi balik ke Slim Village naik motor nak gam dulu bahagian yang bocor tu.. Kalau tak nanti, tak keting pula gamnya..

Sempatlah Sha singgah mencari lauk kerang rebus, sambal tempe dan udang tempoyak dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Behrang Residen.. Asalnya nak beli siput sedut tapi tak ada pula..

Singgah juga ECO Shop mencari jajan menarik.. Sebelah ja dengan Nasi Bamboo tu, memang laju jalah menyinggah.. kikiki..

Bateri kereta yang encik suami bawa balik juga untuk caj.. Ini nak gerak hantar beliau ke kereta balik..
Inilah keretanya, comot sebab bawa masuk kebun.. Patutnya beliau ke Ulu Slim untuk membaja, tapi tu lah dah rezekinya nak tersadai kan.. Jadinya petang ini encik suami pergi hantar ja baja tu dulu.. Esok pagilah baru encik suami sambung membaja..

Selesai hantar encik suami, bergegaslah Sha mengambil Imani pula.. Siap dah kerja kumpulannya..

Biru betul langit bila ambil bawah cahaya.. Lepas Maghrib keluar ambil Amani pula.. Kepenatan betul hari ini..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com