Masak Taucu Ikan - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, May 30, 2018

Masak Taucu Ikan

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Jarang nak cuba masak menu lain sebab Amani bukan nak makan.. Lauk kegemaran dia kicap, ikan goreng, ayam goreng, telur goreng dan sup.. Tapi bila Sha buat masak taucu ini, alhamdulillah Amani suka makan.. Kena cuba masak menu lain.. Manalah tahu Amani suka nak makan kan.. seronok rasa hati.. Senang je buat masak taucu ini.. Sha amik resepi ini dekat SINI..Tapi yang sha masak ini, sha ubahsuai sedikit mengikut bahan yang ada..

Masak Taucu Ikan

Bahan:
Ikan Sardin (digoreng dahulu) 
1 peket taucu (60gm) 
2 biji cili hijau - belah 2
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 ulas bawang putih - hiris 
4 sm halia - hiris
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu besar pati asam jawa
Semangkuk air
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Masukkan taucu dan tambah air asam jawa. Biarkan mendidih.Masukkan ikan yang dah di goreng. Balik-balikkan. Masukkan gula dan gaul rata. Setelah kuah kelihatan pekat, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

 
Bawang besar, halia dan bawang putih yang dihiris serta cili hijau yang dibelah dua..

 
Ikan sardin yang dah digoreng, air asam jawa dan sepeket taucu.. 

Tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili hijau bagi wangi.. 

Masukkan taucu ke dalam kuali dan kacau.. 

Masukkan air asam jawa dan air.. Biar mendidih.. 

Masukkan ikan dan gula.. Biar pekat, dan bolehlah ditutup apinya.. Yeah.. Dah siap.. 

14 comments:

  1. Sedapnya...tengok gambar terus lapar

    ReplyDelete
  2. Baru semalam berbuka lauk ikan masak taucu
    pakai ikan gelama.

    ReplyDelete
  3. Amani suka la makan ikan masak taucu tu ya. akak pun suka taucu especially kangkung goreng taucu..fuhh sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. kangkung goreng taucu.
      nice suggestion ni...

      Delete
  4. Huiyooo...dah ama tak makan lauk ni. Sedap ni Sha. Buat untuk sahur pun mengundang selera ni. Malam ni akak gi carik tauchu lah...tergoda plak rasanya

    ReplyDelete
  5. sdapnya lama xmkn mask taucu..:)

    ReplyDelete
  6. waaa.. sedap.. hehe

    terima kasih sudi komen kat blog ejulz
    http://ejulz.blogspot.com/2018/05/senarai-pengomen-tegar-mei-2018.html

    ReplyDelete
  7. Salam ramadhan dari Sha, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.

    Masak taucu memang senang dan sedap. Keluarga memang suka

    ReplyDelete
  8. wah, sedap jugak taucu ikan ni kan. nanti nak masak macam ni jugak lah.

    ReplyDelete
  9. takpenah makan lagi taucu ikan tapi terliur ni hehe

    ReplyDelete
  10. iye la Sha.
    kita masak ikut selera anak, kan.
    yg makan pun diorang :)
    masak taucu ni aida jarang buat.
    kalau balik umah mak, sure suh mak buat.
    sedap nyer...

    ReplyDelete
  11. sedap juga nih... boleh jadi idea berbuka...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..