Monday, January 4, 2021

Filem Korea | The Night of the Undead (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang kelakar.. Memang terbahak bahak dibuatnya.. Man Gil merupakan lelaki yang sangat sempurna dan pjnya stamina yang luar biasa.. Namun satu hari isterinya So Hee merasa pelik dan mula mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat apa yang dilakukan oleh suaminya sepanjang hari.. Pembongkaran yang dibuat oleh penyiasat persendirian tu kepada So Hee memang mengejutkan dan dalam masa yang sama Man Gil cuba meracun isterinya.. Malangnya So Hee bangkit semula dari mati dan disahkan hanya tercekik air.. Memang gila dan kelakar.. Sebab lepas tu So Hee cuba membunuh suami dia pula malangnya Man Gil bukanlah manusia biasa dan sangat susah nak dibunuh.. Dalam masa yang sama ada pihak yang turut memburu Man Gil ini..

Part kelakar dalam filem ini masa So Hee cuba bunuh Man Gil.. Kena renjatan elektrik pun tak mati.. Dah kena tanam tak mati.. Jatuh gaung tak mati.. Memang kelakarlah.. Hahaha..

The Night of the Undead (2020)
Also Known As: jukjianhneun ingandeuleui bam
Genres: Action, Thriller, Horror, Comedy, Sci-Fi
Country: South Korea
Type: Movie
Release Date: Sep 29, 2020
Duration: 1 hr. 50 min.
In this sci-fi comedy thriller, So Hee married the perfect man but while she looks into the secret of his everlasting stamina, she finds out she's about to be killed by him and joins powers with her friends in order to kill him first. (Source: HanCinema)


10 comments:

  1. lawaknya story line.. tercekik air hahaha ..

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal,

    Jemput ke blog saya

    https://241107hh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kak sha tgk movie ni kat mana?kiss asian ke?

    ReplyDelete
  4. ada ternampak trailer filem ni tapi tak tengok lagi. kalau kelakar bolehlah cari nanti :)

    ReplyDelete
  5. menariks ni...now tgh layan Mr Queen..pun kelakar.

    ReplyDelete
  6. hahahaha kelakar lah laki bini ni. Nak kena tengok ni

    ReplyDelete
  7. alamak! ada kim sung-oh laaa hahaha suka dia ni lbh2 lg dlm cerita fight for my way hahahah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »