Wednesday, January 10, 2018

Vetop Chrome Shelving Set

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Vetop Chrome Shelving Set Sha dah sampai.. Ini hadiah dari Giveaway Susun Atur! yang dianjurkan oleh Blog nurinkhairi dan hadiah disponsor oleh Vetop Storage.. Boleh tengok entry kemenangan Sha di SINI.. Teruja rasanya bila terima kotak barang ini dari Skynet tau.. Packaging dia memang kemas.. Sha pasang dengan encik suami.. Tapikan kalau korang pasang sendiri pun okay.. Mudah sangat-sangat.. Tak sampai 20 minit dah settle.. Jom sha sharekan cara nak pasang Vetop Chrome Shelving Set ini..

Kotak yang sampai..

Gambar Rak yang ditampal dekat kotak..

Sesi unboxing..

Ada instruction guide untuk pahamkan cara pasang. Memang mudah sangat-sangat.. Ada video jugak kat website Vetop Storage untuk cara2 pasang.

Ada empat rak..

Batang tiang tu ada 8pcs.. Kena cantumkan bagi jadi empat..

Kena pasang clips ini dengan anak panahnya ke atas tau..

Kalau perasan dekat belah dalam clip tu ada satu garis timbul dan dekat besi ada satu garis tenggelam.. Garis ini untuk pastikan clip melekat dekat besi.. Bila kita masukkan rak dia tak kkan bergerak..

Ketinggian rak dia pun boleh adjust.. Suka hatilah nak sama besar ke tak ketinggian dia tu.. Takde had nak adjust ketinggian tu, sebab dia guna slot 'notches' camni. Slot tu ada kat sepanjang struktur rak tu, so adjust la ikut suka.

 
Dah masuk aras bawah sekali.. Yeah!!

Yeah!! Dah siap pasang.. Nampak tak perbezaan ketinggian tu.. Kita boleh ubah ikut kesesuaian kita..
Saja Sha pasang tak sama tinggi nak bagi korang nampak perbezaan dia..

 
Letak dalam bilik encik suami menonton tv.. Buku juga lah yang akan memenuhi rak ini.. Kikiki..

Korang kalau berminat nak dapatkan rak ini boleh ke:-
Website: www.vetopstorage.com
Facebook: https://web.facebook.com/wengmingind/

18 comments:

  1. cantik rak tu sha. dinding belakang rak pun cantik penuh dengan mural tu sama macam dinding rumah akak je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Hasil tangan anak dara berdua tu kak..

      Delete
  2. alaaaa bestnya.. cikyan jeles... boleh letak buku kan.. alaaa seronok.. cikyan dah lma nk almari yg mcm ni atau yg sesuai utk letak buku2 koleksi.. bestnya.. jeles !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. memang buat letak buku nie Cikyan..

      Delete
    2. Amboi Cik Yan sambil memuji sambil mengena nampak kikiki...
      Dapat free apa pun terima dgn hati yg terbuka ye Sha

      Delete
  3. cantik...ada juga yg ltk kt dapur utk ltk brg2

    ReplyDelete
  4. Huwaaa bestnya.. Tahniah kak sha.. banyak buku boleh letak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kinah.. memang itulah cadangannya nanti.. hehehe

      Delete
  5. Wah cantiknya tak ni yg bestnya boleh Laras ketinggian tu

    ReplyDelete
  6. Tahniah sha...
    Nampaknya dinding rumah kita serupa....
    Biarlah anak2 conteng, bg mereka jd kreatif...
    Nnt anak2 dah besar sikit, bolehlah cat baru ...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Mrs Pip.. Kikiki.. Tulah.. memang biar je..

      Delete
  7. bestnya dapat hadiah besar... Tahniah :)

    ReplyDelete
  8. wah wah.. macam hyllis ikea tapi ni jenis berongga. nampak kukuh

    ReplyDelete
  9. senang nk pasang.. in case kalau nk pindah rumah ke kt mana2 pun senang

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »