Drama Imani Mencabut Gigi - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, January 24, 2018

Drama Imani Mencabut Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Last week, (Rabu 17.01.2018) Sha bawa Imani cabut gigi.. Gigi Graham dia dah rosak teruk.. Tapi tak bawa gi klinik kerajaan, Sha bawa pergi Klinik Swasta.. Sebab Klinik kerajaan dia tak nak cabut gigi susu.. Masalahnya gigi Imani tu dah teruk.. Kesian dia nak makan susah.. 

Masa nak cabut tu dia start tak nak.. Pergh!! Jenuh pujuk suruh duduk atas kerusi.. Sudahnya Sha dokong dan baringkan dia.. Lepas tu nurse tutup mata dia sebab doktor nak suntik ubat bius.. Sha pula peluk tangan badan dan kaki dia.. Dia punya menjerit.. Adoilah Imani..

Tu belum babak mencabut gigi.. Yang sebenarnya Imani ini panik sebab orang pegang dia.. Berjaya jugalah doktor cabut gigi dia walaupun dia punya jeritan tu macam doktor cabut tanpa bagi bius.. Sabar jelah Sha tengok perangai dia.. hehehe.. Sha seram juga sebenarnya tengok dia meraung, menjerit.. Berderau darah rasanya.. Tapi lepas tu okaylah.. Bila jadi mak ini, jiwa memang kena extra kental.. Suka ke tak suka ke kena juga bawa anak buat rawatan..

Balik rumah dia okay je.. Cuma biasalah dua tiga hari ini dia takutlah nak mengunyah.. Bagi dia makan makanan yang lembut-lembut je..

Petang tu belanja budak kecik ni aiskrim.. Nak bagi kebas gusi dia..

23 comments:

  1. Dah selesai, lega ... Nasib imani tak lari time cabut gigi tu...

    ReplyDelete
  2. Sebelum anak anak pergi cabut gigi, Maznee bagi diorang tengok episod upin ipin gigi susu. Terus jadi berani

    ReplyDelete
  3. Alahai anak..bukan anak jer takut jumpa doktor gigi, makcik ni pun sama..nanges..

    ReplyDelete
  4. Pengaruh tengok tv banyak sangat ni. Hehe

    ReplyDelete
  5. haha..jangan kata budak, mak budak pun takut kalau pi klinik gigi...

    ReplyDelete
  6. haha..jangan kata budak, mak budak pun takut kalau pi klinik gigi...

    ReplyDelete
  7. hehehe orang dewasa pun seriau kak nak cabut gigi.. each time appointment check gigi jantung dup dap dup dap hehe..

    ReplyDelete
  8. Itulah memori ada anak kecik.. nanti dah besar, tak macam ni dah.. :) Teringat pulak zaman kecik2 dulu, pun takot nak nak jumla doktor gigi. Kiranya doktor gigi ni paling scary lahh.. 😂

    ReplyDelete
  9. Mungkin la Imani trauma kot dengan peralatan doktor, maklumlah imaginasi budak2 nie lain sikit, hihi.. Apapun, Imani kena jaga kesihatan gigi selalu kalu taknak cabut gigi lagi, yea Imani sayang..

    ReplyDelete
  10. good girl Imani...dah berjaya cabut gigi geraham

    ReplyDelete
  11. alahai syg imani...
    aida terkenang dulu bwk nurin ke dental first time.
    gigi kapak dia kan patah sebab terjatuh.
    aduhai. melalak bila kena bius.
    terpaksa call mr.asben. on the spot merempit naik motor ke spital besar melaka tau Sha.
    dgn ayah nyer, nurin takut skit.
    aduhai anak... hi hi hi kenangan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan anak-anak masa kecik kan aida..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..