Friday, October 20, 2017

Bonding Time

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila sesekali keluar dating berdua memang seronok..
Tak kemana pun..
Jalan-jalan.. Makan-makan dan menonton wayang.. Sha daftarkan encik suami jadi member untuk Movie Club TGV.. Terus dapat 4 tiket wayang percuma dan 2 set popcorn & air.. Sebab daftar masa bulan birthday.. Tu yang terus dapat 4 tiket.. Yeah!! Bolehlah maraton movie.. Hehehe..

Sebelum marathon wayang, kenalah isi perut dulu ye tak.. Disebabkan cari tempat breakfast tak jumpa, makanya brunch terus di Subway..
Memang puas hati.. Terbaiklah perkhidmatan yang diberi..
Lepas brunch terus masuk pawagam..
Tengok Tombiruo : Penunggu Rimba dulu..
Kejap je filem dia.. Ingatkan lama..

Sementara nak tunggu tayangan filem yang kedua, kami solat dan makan lagi..
Oleh kerana tak adalah lapar sangat.. Tapi still kena makan, kami pun singgah makan di Mee Tarik..
Order semangkuk mee dan makan berdua..
Rasa macam kembali bercinta.. Hehehe..
Sharing is caring tau..

Lepas makan terus masuk pawagam..
Sha budget dalam 4.20 petang habislah cerita ini.. 
Sekali lama lah pula.. Terus pecut naik highway..
Nak ambil Amani & Imani di rumah pengasuh..
Lepas ambil diorang, singgah jap Masjid Biru..
Lepastu terus gerak balik kampung..
Sebab Khamis,  Amani ada appointment doktor dekat Teluk Intan..

Sambil menyelam, kita minum air..
Serampang dua mata gitu..
Jenguk keluarga dan uruskan urusan..
Mujurlah tak jauh sangat..
Pukul 8.15 malam dah sampai rumah MIL.. 

Black Paper Chicken Mayonnaise
Subway di Aeon Rawang.. 
Memang mengancam habis okay.. 

Steak & Cheese.. Ini Sha punya.. 
All time favourite..
Segenggam dia bubuh salad.. 
Memang jenuhlah nak nganga mulut.. Hehehe.. 

Mee Tarik (Fried Lamen with Beef)
Semangkuk mee dikongsi bersama.. 
Pandangan jujur Sha, Mee Tarik di Gombak tetap yang terbaik dari segi presentation dan juga masakan..

Kami dating ni hari Selasa (17.10.2017)

4 comments:

  1. lama tk mkn subway...mmg syok jd member TGV movie club dpt tiket free ngan set popcorn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu sha suka jadi member tgv.. Berbaloi-baloi..

      Delete
  2. baru tau kalau jadi member TGV dapat ticket free, nak tunggu bulan brthdaylah baru join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau joint masa bulan birthday, bergandalah tiketnya..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com