Saturday, December 2, 2017

Bisikan Paranormal oleh Akma Saidon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca novel seram keluaran Buku Prima..
Memang ohsem dan mengancam..

Permulaan cerita memberikan teka teki yang mendebarkan.. Siapa sebenarnya yang jahat.. Kenapa petanda melibatkan hanya seorang.. Siapa perempuan tua dan lelaki tua yang memberikan amaran.. Apa sebenarnya yang berlaku.. Memang dasyat.. Walaupun penulis dah terang-terang tunjukkan siapa jahat tapi gaya olahan penulis membuatkan Sha rasa ragu-ragu sama seperti watak dalam novel.. Jadinya gigihlah membaca sampai habis.. Buku setebal 488 muka surat ini tak terasa tebal langsung bila Sha cuba merungkai misteri penjahat dalam novel ini.. Suka sangat pembalasan yang diterima penjahat.. Awesome.. Walaupun ungkapan maaf itu mudah dituturkan namun untuk mengikhlaskan hati bukanlah sesenang mengungkapkannya..

Yang pasti dendam boleh memakan diri dan menjahanamkan diri.. Jadinya silalah hapuskan dendam di hati supaya hidup lebih gembira..

Sha baca pada 28.11.2017 dan habis pada 29.11.2017..
 
Sinopsis : Keturunan Megat Zaman Shah telah memenuhi jemputan undangan yang menjadi tradisi turun-temurun keluarga mereka. Satu demi satu perkara berlaku yang merumitkan permasalahan yang ada. Kebolehan seorang demi seorang daripada mereka teruji, namun petanda yang diterima tetap juga tidak ketemu jawapan yang dicari.

Hari demi hari, satu per satu rahsia yang tersimpan rapi terbongkar dengan sendirinya. Namun, setiap rahsia yang terbongkar punya bayaran tersendiri. Bayaran yang hanya mampu dibayar mereka, keturunan ketujuh Megat Zaman Shah!

“Semuanya permainan syaitan. Janjinya dengan Allah untuk menyesatkan anak Adam tidak pernah dilupai. Hati-hatilah! Musuh utama sedang mencari keturunan Megat Zaman Shah. Kalian perlu berhati-hati! Kalian keturunan ke tujuh, keturunan yang disumpah! Kalian memang perlu lebih berhati-hati!” – Megat Arryan Shah.

“Sebabnya, ibu mendapat tahu bahawa Megat Haleem itu datangnya dari darah Megat Zaman Shah! Dia adalah keturunan keenam dari darah keturunan yang Raden Lestari sumpah. Dan Nadya pula adalah keturunan ketujuh! Keturunan yang akan memulangkan segala sakit yang telah diberikan Megat Zaman Shah dan Mayang Juwita kepada Raden Lestari dahulu!” – Raden Murni.

Mampukah mereka, lapan anak muda keturunan ketujuh Megat Zaman Shah merungkai segala persoalan dan secara tak langsung mematahkan segala sumpah dendam kesumat generasi lalu yang merantai kehidupan mereka?

1 comment:

  1. GV rasa lom pernah baca buku novel Buku Prima. Cam best juga jalan cerita ni kan Kak Shahida.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »