Sunday, December 31, 2017

Drama Korea Terbaru 2017

Assalamualaikum..
hye semua..

Lama tak tengok drama Korea.. Baru-baru ini masa tengah google mengenai drama Korea, Sha terjumpa beberapa tajuk yang nampak agak menarik untuk ditonton.. Tapi Sha holds dulu sebab masih ongoing lagi sirinya.. Tak suka menunggu, jadi biar dia habis tayang baru Sha tengok.. Hehehe...

Antara drama yang pada Sha agak menarik ialah:-
  • Bad Guys: City of Evil - Kisah mengenai penjahat yang bersatu untuk menangkap penjahat yang lebih jahat.. Sha suka cerita aksi yang macam ini.. Pelakonnya pun okay-okay.. Antaranya ialah Park Joong-hoon, Joo Jin-mo, Yang Ik-june, Kim Mu-yeol & Ji Soo..
  • Two Cops - Cerita pasal polis dan juga con artist.. Hehehe.. Sorang hidup, yang sorang lagi roh.. Bila baca sinopsis macam menarik.. Mesti ada kelakar-kelakar punya.. Pelakonnya pula ialah Jo Jung-suk, Lee Hye-ri & Kim Seon-ho..
  • A Korean Odyssey @ Hwayugi - Drama ini dibuat berdasarkan drama China Journey To The West.. Yang Korea ini versi moden sikitlah.. Yang bestnya watak Sun Wukong dibawa oleh Lee Seung-gi.. Rating yang menonton pun tinggi.. Walaupun baru dua episod.. Lepas tu ada Cha Seung-won pula.. memang menariklah kan..
  • Black Knight: The Man Who Guards Me - Sha nak tengok cerita ini sebab genre yang sama dengan Goblin.. Lepas tu ada pula hero handsome si Kim Rae-won.. Memang lagi syok lah nak tengok.. Senyuman dia manis.. hehehe..
Ada antara drama ini dah nak habis tayangannya.. Ada yang baru episod dua masa Sha buat entry ini.. Nanti kalau dah habis dan Sha dah tengok Sha up entry dekat blog ye.. 

 Bad Guys: City of Evil - 16 episod

 
 Two Cops - 32 Episod (1/2 jam setiap episod)

 A Korean Odyssey @ Hwayugi - 20 episod

Black Knight: The Man Who Guards Me - 16 episod

8 comments:

  1. two cop tu dalam list sha tapi taksempat nak download apatah lagi nak tengok hahaha hujung tahun busy sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah download tapi tak tertengok lagi.. sebok dengan buku je.. hehehe

      Delete
  2. aiihh, mek jugak ler tkde mase nk layan kdrama ni. masa cuti pantang hr tu memang best sgt bleh layan tv. sedih betul hari hari bnyk habiskan masa diperjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pantang memang tv tu jadi kawan baik, mek.. bila dah habis rasa macam bercinta nak tengok tv.. tambah mek ada anak kecik..

      Delete
  3. yeaaah !! ada yang CT dah mula download slow2 hehe.. citer yang awal tahun tak habis tengok lagi kaaak hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. samalah dengan akak.. Banyak je lagi drama yang dah download tapi tak tengok.. hehehe

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »