Koleksi Novel di PNM e-Reader - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, February 7, 2018

Koleksi Novel di PNM e-Reader

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini, Sha memang kusyuk membaca guna PNM e-Reader ini.. Bukan give up baca novel cumanya tengah puasa beli novel.. Ada je koleksi novel dekat rumah yang tak baca lagi tapi dengan Aplikasi ini macam mudah sikit sebab Handphone memang di tangan kan.. Jadinya bila nak baca tu terus on.. Tambah-tambah boleh baca tak kira masa dimana sahaja.. Sha selalunya akan baca sementara tunggu trafic light marah ke hijau, tunggu anak siap sebelum hantar ke sekolah agama, tunggu enjin kereta panas, tunggu anak habis sekolah agama dan tunggu encik suami dalam kereta.. Banyak sangat masa menunggu tu yang cepat membaca.. Hehehe.. Bila menunggu orang, cepat rasa bosan.. Jadinya untuk tidak bosan, jomlah membaca..

Kalau ikutkan, maksimum peminjaman menggunakan aplikasi ini ialah 5 buah ebook, tapi bila ada buku yang kita reserved tu available kita akan boleh tambah peminjaman.. Tak pasti kenapa tapi Sha selalu jadi gini.. Buku yang Sha pinjam mesti lebih 5 buah bila campur dengan buku reserved yang available.. Tempoh peminjaman tetap sama 7 hari je bagi sebuah ebook.. Tu yang lagi melekat dengan Aplikasi ini.. hehehe... Selalunya Sha lebih suka pilih buku menggunakan komputer.. Lebih mudah dan cepat.. Kalau nak guna komputer, korang cuma perlu ke PNM elib, boleh pilih buku apa nak pinjam dan reserved.. Kalau ikutkan, koleksi buku yang Sha reserved memang banyak.. Sebab tak boleh nak pinjam, kita reserved lah dulu kan..

ini adalah ebook yang ada dalam aplikasi Sha.. Sha tengah baca Romancinta.. Pernah pinjam dah sebelum ini tapi tak baca sebab bila baca review cam tak best je.. Tapi Sha buka hati untuk cuba baca.. Kali ini pilihan novel Sha pelbagai.. Ada aksi, cinta dan seram.. Sains pun ada.. Penerbit yang pelbagai juga.. Kena cuba baca genre lain selain seram dan juga terbitan dari penerbit lain.. Cumanya tak mampu nak beli, jadi Sha gunalah aplikasi PNM e-Reader ini..

11 comments:

  1. ray jenis yg suke beli tp x smpt2 nak baca. haduii hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun masih membeli Ray, dan ada je buku beli yang tak baca lagi.. Cuma budget untuk membeli buku tahun ini agak sedikit tu yang menggunakan aplikasi ini..

      Delete
  2. akak memang serious seorang yang rajin membaca. CT buka twitter baca news yang menarik2 just to keep myself updated itu pun menguap tatau nak citer la. bagus kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Ini antara leisure untuk diri sendiri.. Twitter akak kurang follow.. Ada lah sesekali buka dan baca.. Okay lah tu CT, still membaca..

      Delete
  3. Ala bestnya :) Teringin nak try tapi tak reti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ika.. Akak ada buat entry pasal PNM e-Reader tu.. kalau Ika perlu bantuan, boleh je whatsapp personal or pm akak kat Fb.. Nanti akak ajar ika camne nak guna..

      Delete
  4. Oo ini menggunakan konsep pinjaman eh Sha. Berapa lama boleh pinjam satu buku? Kat apple store ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Siqah.. Tempoh peminjaman 7 hari.. tak guna space yang besar.. Cuma SHa tak pasti dekat Apple Store ada ke tak.. Siqah boleh try search..

      Delete
  5. waa...aplikasi yang konsep pinjaman pun ada..lagi keraplah Sha membaca lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Hadoiii banyaknye novel baru skrg.. macam cendawan tumbuh selepas hujan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..