Monday, February 26, 2018

Aku Turut Bahagia oleh Asmah Hashim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Merana jiwa Sha baca Aku Turut Bahagia oleh Asmah Hashim ini.. Geram, marah dan rasa macam nak hempuk je kepala si Amir Hudzaifa dan Syifa’ Umairah.. Dua-dua menyakitkan hati.. Yang lelaki mempergunakan agama untuk berkahwin dua.. Kononnya mampu berlaku adil dan mahukan keluarga sendiri menjaga Maahad tapi sudahnya ke laut dalam.. Yang perempuan pula, menggedik.. Belum habis belajar dah sebok jatuh cinta dengan suami orang.. Bila dengar peluang untuk jadi isteri kedua terus setuju tanpa fikir baik buruknya bermadu.. Sudahlah menjadi yang kedua, habis keluar semua sifat jahat ingin membolot perhatian.. Hai.. Geram rasa hati membaca novel ini.. Yang paling tak sangka penamat cerita.. Takkan lah semudah itu.. Sha tak setuju..

Apa yang Sha dapat dari buku ini ialah perempuan/isteri tak boleh terlalu berdikari dan melayan suami seperti raja (melepaskan semua tanggungjawab mengurus anak dan rumah pada isteri) Tak salah perempuan/isteri nak berdikari tapi sesekali kena juga libatkan suami untuk urusan rumah tangga.. Jangan biar suami terlupa atau terlalu senang, sebab perkahwinan tanggungjawab bersama.. Sama-sama kena uruskan dan bertolak ansur supaya rumah tangga sentiasa bermakna..

Dalam kegeraman membaca kisah pasangan poligami ini, ada baik dan buruk yang boleh dijadikan iktibar.. Kena baca dengan lapang dada.. Jangan jadi macam Sha.. Hehehe.. Siap rasa macam nak masuk dalam novel dan katuk kepala si Amir dan si Mai tu.. Kesian sangat-sangat pada Ija..

Novel ini ada sambungannya dalam bentuk cerpen.. Boleh baca di SINI (SUAMI KAMI KAHWIN LAGI ) untuk cerpen pertama dan di SINI (Sesalan Tidak Terucap) untuk cerpen ke dua..

(ebook - PNM e-Reader)

11 comments:

  1. bukan bagus jugak tu kalau nak jadi bini kedua..hihihi

    ReplyDelete
  2. Novel bersambung dgn cerpen..mesti best..terbaik penulisnya, sampai boleh buat org geram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sebab penyampaian penulis sampai..

      Delete
  3. ala boleh pulak gunakan agama utk bkahwin dua kan...
    sakit pulak baca sinopsis ni..hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak baca sebab nak tahu keseluruhan cerita... Bila baca, terdera jiwa.. hahaha

      Delete
  4. Hana tak berani lah nak baca novel macam heheh takut stress hahaha! ^^ btw nice review kak Sha :D

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat dengan Sha sebab masalah rumahtangga biasanya berpunca daripada isteri terlalu berdikari hingga suami terlupa tanggungjawab atau terlalu senang, akibatnya suami mengambil kesempatan bersama perempuan lain..

    Penuh perasaan bila baca cerita begini kannn Sha, hehehe

    ReplyDelete
  6. Penuh emosi novel ni ye sha. Feel baca novel lain dr tonton drama adaptasi novel tu sendiri kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »