Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha mulakan pembacaan novel ini dengan sangat perlahan.. Sebab Sha menyampah dengan watak Maryam.. Buat keputusan tak fikir panjang semuanya kerana merasakan diri tu ditipu.. Langsung tak boleh nak terima permintaan maaf dari orang yang telah bersusah payah membesarkan dirinya..
Tapi bila makin lama Sha baca, makin banyak yang Sha belajar.. Hidup ini memang tak selalunya indah.. Kadang-kadang ujian tu datang untuk menjentik rasa supaya kembali kepada Allah.. Pembelajaran itu adalah seumur hidup bukannya di sekolah atau universiti sahaja.. Semua perkara atau manusia mampu memberikan tunjuk ajar pada kita.. Penulis memang berjaya memainkan emosi Sha sebagai pembaca mengikuti betapa tragisnya hidup seorang Maryam yang menjadi mangsa penceraian.. Bukan mudah bila mak bapa bercerai dan berdendam.. Anak tu lah yang paling malang.. Dari sini Sha belajar walau macam mana sekalipun hubungan suami isteri, anak tak patut menjadi mangsa.. Anak tu berhak mendapat kasih sayang dari kedua belah pihak..
Penerangan dan juga penjelasan mengenai perkerjaan Komanda atau perwira yang sentiasa mengorbankan diri demi menjaga keamanan juga sangat bagus dari penulis.. Mereka ini merupakan The Unsung Hero yang patut kita sebgaai rakyat Malaysia hormati..
Cuma bila meleret-leret penceritaan itu, sesak jugalah nak habiskan pembacaan.. Hahaha..
Sha mulakan pembacaan pada 29 Julai 2019 dan selesai pada 20 Oktober 2019..
Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published October 2015 by Karya Seni
Published October 2015 by Karya Seni
suka novel yg first, bila masuk sekuel ni malas nak cari buku dia sebab baca review pasal Maryam yg annoying..hehe
ReplyDeleteYup.. Novel yang first dia best.. Yang second ini memang kena tahan perasaan baca.. hahahaha
DeleteSelamat mengulat buku.
ReplyDeleteterima aksih WP..
Deletejujur ckp kan ms beli novel pertama MJ ni sy bc 1 bab dah sesak dada nk habis... lps tu trs x beli lagi hehehehe... bc sinopsis sha pun sy dah rs... huuuuuuu
ReplyDeleteMemang novel dia agak sesak dada membacanya.. huhuhu
Deletebeli lama dah. masa mula2 kuar lagi. but still belum mula baca. sbb tebal sgt.
ReplyDeletebut..for sure akan baca.
tebal dia tu okay lagi.. cuma jalan cerita dia tu buat sesak dada.. huhuhu
DeleteSudi tak kalau nak jual prelove buku tu? Saya cari memang tak jumpa langsung dah. Atau boleh bagi saya sewa? Dah habis baca, saya pulangkan
DeleteNnti tak salah bulan 8 diorang ad buat cetakan baru utk the one.. betul susah jumpa preloved.. tu sya as ws hq dia.. harap2 betul la diorang kluarkan the one.. huhu
DeleteDah pernah nampak novel yang first kat Popular tapi tak beli pun. X tahu pula dah ada sekuel. Btw saya ada lancarkan satu segmen. Marilah join, Kak Sha😊.
ReplyDelete