Shoplinks.Asia

Saturday, July 22, 2017

Sharing is Caring : Keperluan Darjah 1

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha share ini berdasarkan pengalaman Sha..
Korang boleh sesuaikan ikut keperluan korang..
Tapi memang kena prepare duit siap-siap..
Sebab darjah satu banyak nak kena beli.. 
Tambah anak pertama.. Memang semua kena beli..
Anak-anak belum pandai lagikan..
Jadinya barang akan hilang.. Kotor..

Anak Sha perempuan dan bersekolah dua sesi.. 
Pagi Kebangsaan, petang sekolah agama.. 

Yuran Sekolah kebangsaan
Yuran Sekolah Agama

Beli di koperasi (biasanya sekolah akan bagi senarai barang ini dalam surat mengatakan anak kita dapat masuk darjah satu)
Baju sukan & seluar sukan (Sha beli dua pasang sebab seminggu dua kali Pendidikan Jasmani)
Tudung sekolah material lycra
Nama dan lencana sekolah
Buku tulis
Fail

Perkakasan lain (Kedai dua ringgit / mydin - beli yang murah atau beli secara borong)
  1. Kasut sekolah - 2 pasang (sha beli yang jenis sarung, mudah)
  2. Stocking - beli 6 pasang (sebab nak guna sekolah pagi dan petang)
  3. Kapur kasut
  4. Botol air
  5. Bekal makanan
  6. Pensil
  7. Pemadam
  8. Pembaris
  9. Pengasah pensil
  10. Pencil warna
  11. crayon.
  12. gunting
  13. Pembaris
  14. Gam  
  15. Pensil 2b (bagi masa nak exam sahaja)
  16. Beg sekolah (dua -  sekolah pagi &  sekolah petang)
  17. Legging atau seluar tight (pakai dalam kain sekolah) 
  18. Anak tudung (beli banyak -  kemungkinan hilang tu tinggi)
  19. Singlet beli 6 ke 8 helai..
  20. Baju sekolah belilah 6 helai
  21. Kain biru 3 helai, kain hijau 3 helai (beli extra pun tak apa.. Kemungkinan untuk koyak tu ada.. Hehehe.. )
Penting ; Kena ajar anak guna duit untuk membeli makanan.
Mak ayah kena tengok dekat kantin ada jual apa. Ajar anak beli apa yang sesuai.
Boleh ajar anak / pesan kat anak beli makanan apa supaya tak beli jajan (tapi kadang dia beli juga - kena pesan selalu)
Siap sedia : Waktu orientasi... Selalunya ada ujian diagnostik... Sesetengah sekolah ada buat ujian lisan juga... Tujuan untuk mengenal pasti penguasaan anak dalam membaca , menulis dan mengira. Ikut sekolah..Ada juga sekolah yang tak buat.. 

Sediakan duit  kecil/rm1 @ syiling untuk belanja sekolah..
Stiker nama anak untuk tampal kat buku.
Tak perlu tulis tangan dah. (sha jenuh tulis tangan.. Siap gilir dengan encik suami)
Pembalut buku, salotape dan gunting.. Untuk membalut buku teks dan buku kerja anak.. 
Barulah buku cantik dan berjaga..

Ini perkongsian Sha mengenai keperluan untuk masuk darjah 1..
Setiap orang berbeza pendapat dan juga pandangan..
Sebagai panduan bersama..
Kalau memang ada anak yang akan bersekolah darjah 1..
Ibu bapa memang perlu menabung awal...
Tambahan pula dengan ekonomi sekarang..

7 comments:

  1. Ana belum lagi merasa anak sek. Lagi 2-3 tahun nanti baru merasa. Hehe

    ReplyDelete
  2. sy dah melepasi fasa ini.. kalau kami tak galakkan adik2 bawa duit.. haha,, sediakan bekal ja, kalau dia dah biasa kat skola barulah bgi duit belanja..
    Lgi 1 kdg2 ada budak nie dia suka pinjam brg tp tak kasi balik.. skali adik sy balik peralatan tulis dia smua hilang..huhu

    alhamdulillah, skrg nie takda masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal-awal nie memang tak pandai lagi.. Lama-lama nanti okaylah mereka ini..

      Delete
  3. Biasalah kan kalu anak nak sekolah, bukan setakat darjah 1 jea, tapi selagi dia berada di alam persekolahan, selagi tue la kita kena sediakan kelengkapan sekolahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun shikin.. Cumanya untuk permulaan nie agak banyak juga yang perlu disediakan..

      Delete
  4. perkongsian yang baik ni sha.. boleh dibuat rujukan bagi ibu2 yg anak br nak mula sekolah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI