Shoplinks.Asia

Wednesday, July 26, 2017

Bukan Isteri Simpanan oleh Mia Kiff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik baca novel seram je..
Malam-malam rasa macam diganggu lak.. Kikiki..
Jadinya kita layan novel cinta pula..
Tak adalah cinta yang sweet-sweet..
Tapi menarik pada Sha..
Sebab membawa isu yang agak berat..

Berkahwin tapi tak macam berkahwin..
Apa sebenarnya yang dimahukan sang suami..?
Meresahkan hati sang isteri bila layanannya lebih kepada roomate..
Bila perkahwinan sekadar menutup perangai suami yang luar tabii,
Memang runtuhlah akhirnya perkahwinan tersebut..

Konflik yang diberikan terlalu berselirat dan agak kelam kabut..
Perkahwinan yang pelik.. Bercerai..
Kemudian berkahwin dengan adik.. Bercerai..
Lepas tu kahwin balik dengan abangnya..
Adoilah.. Pening kepala Sha..

Ada satu persoalan dalam novel ini yang Sha musykil..
Bila Dania bercerai dengan Afif (talak tiga), dia mengandung..
Lepastu Khaliff kahwin dengan Dania.. Sah ke ek perkahwinan tu..
Padahal belum habis tempoh edah lagi.. Confuse Sha sekejap..

Start baca pada 25.07.2017 dan selesai baca pada 26.07.2017

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia

8 comments:

  1. la akk ingatkan Sha baca kat Wattpad...tajuk yg sama tapi penulis tak habis tulis lagi..seriously akk tak sabar nk sambung baca..

    ReplyDelete
  2. Banyaknya kejadian Dalam cerita ni

    ReplyDelete
  3. baca review kak sha pun mcm pening. compilcated betul novel ni..

    ReplyDelete
  4. Aduh selera pula dengan adik beradik suami sendiri ,ahhahahahaha. Kadang2 novel ni pelik2 sikit jalan ceritanya, tapi alang2 dah baca terpaksa habiskan, haha.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi sis Shahida. Zaman sekarang ni ramai betul orang nak menulis novel kan

    Sebab boleh dapat komisyen tinggi

    Lagi lagi kalau jadi adaptasi drama dan filem

    Masuk duit tu berkepuk kepuk

    Tapi kan

    Sambil sambil menulis tu kalau masuk bab sensitif macam perkahwinan, ada banyak kali juga penulis ni tak sensitif dengan ajaran islam

    Tahun ni ada kan

    Pasal drama adaptasi novel pasal suami hilang di laut tak sampai setahun isteri dah kahwin dengan baik suami

    Hmm

    Sedangkan status suami belum tahu hidup mati

    Semoga novel yang selari dengan tuntutan agama makin banyak dan mendapat sambutan kan

    Jadi bila kita membaca tu

    Kita makin faham agama dan nampak hikmah dari hukum tu

    Barulah mendidik jiwa

    ReplyDelete
  6. agakla berat jugak tu isu ni.. hehe cerita kawen cerai and yes.. confusion tentang pregnancy tu.. entahla..

    ReplyDelete
  7. Ayoo, saya pun pening dengan jalan citer novel nie, baca review kak Sha pun dah pening..

    ReplyDelete
  8. lah kawin cerai..betul pulak kan..patutnya penulis lebih sensitif pasal isu macam ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI