Friday, April 27, 2012

Info : Senyum

 Assalamualaikum....

Hari ini teringin mahu berkongsi mengenai senyum. Orang kata kalau kita nak orang lain senyum dengan kita maka kitapun haruslah senyum.. senyuman ini berjangkit... apabila kita senyum seikhlas hati kita maka kita pasti akan menerima senyuman balas dari orang lain.. Namun begitu ada juga orang yang tidak suka memberikan senyuman... buatlah macam mana pun dia x kan senyum... yang nie x pastilah kategori apa... Susah ke nak senyum???

Credit to : Wikipedia

Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.
Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah".[1]

Mengikut Kajian sains

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).[2]
Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. [3]
Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.[4]
Satu lagi kajian berkaitan senyuman telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh iaitu hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian para penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' purata hidupnya 75 tahun sedangkan mereka yang dalam kategori 'tersenyum lebar' hidup sehingga umur 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan mereka yang tidak senyum. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.


Kesimpulannya : senyumlah seikhlas hati anda... pasti hidup anda akan ceria...

2 comments:

  1. senang daapt pahala senyum pun dikira sedekah..so ayu singgah senyum sini..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com