Wednesday, September 4, 2019

Novel | Hiatus oleh Budak Tomato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha punya.. Sha beli sebab katanya cetakan yang ini ada masalah.. Ada berkaitan dengan panduan pelaporan media katanya.. Tak kisahlah.. Sha okay je baca.. Ada perkara yang baik boleh kita ambil untujk jadikan teladan ada perkara negetif yang kita kena letak tepi.. Ini ada dalam semua buku.. Baik yang kita cari, maka baiklah yang kita akan dapat..

Pada Sha Hiatus ini sangat sampai ke hati.. Sha faham perasaan Talhah dalam buku ini.. Rasa yang Talhah lalui itu pernah Sha hadap.. Sama macam Talhah Sha tak ekstrem untuk membunuh diri atau mencederakan diri.. Tapi Sha buat juga.. Cuma tak melukakan lah.. Ada cara yang tersendiri.. Untuk mereka yang pernah ada rasa itu, jangan mengalah.. Sentiasa berjuang.. Kerana kekuatan itu ada dalam diri.. Carilah bantuan dengan meluahkan.. Tak mudah.. Susah tapi usahalah.. Membaca memang satu terapi yang baik.. Hayati setiap bait yang disampaikan penulis.. Tak kisahlah buku itu inspirasi dari kisah benar atau rekaan tetap ada sesuatu yang mampu meresap ke hati.. Baca..

Sha baca pada 01.09.2019 dan selesai pada 02.09.2019.. 

Hak milik peribadi Sha..
Published October 2017 by Iman Publication

@imanpublication
Ramai dalam kalangan kalian yang bertanya berkenaan novel Hiatus tulisan Budak Tomato, @tls9._ terutama akhir-akhir ini.
Dengan penuh dukacita kami maklumkan bahawa penjualan Hiatus dihentikan buat waktu ini berikutan terdapat beberapa bahagian dalam novel tersebut yang tidak mematuhi Panduan Pelaporan Media berkaitan kesihatan mental yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kami tidak arif mengenai panduan ini sewaktu Hiatus diterbitkan, dan kami berazam untuk memperelok keadaan sehabis baik.
Keputusan ini pastinya tidak mudah, tetapi ia perlu diambil. Sebagai penerbit yang juga sebahagian daripada anggota masyarakat, kami bertanggungjawab penuh terhadap setiap buku yang kami keluarkan.
Dan ini adalah satu pengalaman yang berharga buat kami dalam menghasilkan konten yang terbaik untuk setiap pembaca IMAN.
Perbincangan dengan Mato masih berjalan dalam usaha mengemaskini isi kandungan novel ini, dan akan kami maklumkan perkembangannya dari masa ke masa.
Kami memohon maaf kepada para pembaca yang terkesan secara yang tidak kami ingini, dan juga kepada mereka yang tercari-cari Hiatus selama ini.
Because great contents, and you, matter.
Fatin Syamimy
Ketua Pegawai Eksekutif
Iman Publication Sdn Bhd
#hiatusmato

8 comments:

  1. thanks for sharing abt this book sis

    ReplyDelete
  2. wahhh tak sgka budak tomato dah ada buku skrg. dulu selalu baca blog je. sbb penulisan dia best

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas baca buku dia baru tahu dia ada blog.. hehehe

      Delete
  3. kadang isu tu terlampau sensitif bagi sesetengah pihak tapi realitinya benda tu terjadi lebih lagi bagi kita yang melalui.

    ReplyDelete
  4. sy pun ada beli buku nie tapi belum baca lagi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »