Tuesday, June 23, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa hari ini?? Ada yang dah mula bercuti dalam negara ke?? Sha hari ini merentas negeri.. Mula-mula ke Taman Kosas Ampang zirah kubur.. Tapi kawasan kubur tutup, pagar berkunci.. Tak boleh masuk.. Menung jap depan pagar tu.. Tiap-tiap tahun datang bersihkan kubur, tahun ini mampu pandang pagar je.. Tak ada rezeki..

Dari Ampang kami gerak ke Bentong, Pahang.. Mulanya nak makan Lemang Toki tapi beratir panjang dan budak bawah 12 tahun tak boleh masuk.. Maka ke Marrybrown jelah kita makan tengahari.. Lepas tu terus gerak ke Cameron Highlands melalui Sungai Koyan.. Tembus dekat Ringlet.. Cantik pemandangan.. Hijau je.. Tapi tak sempat nak menyinggah sebab emergency nak mencari toilet.. hehehe..

Sampai Cameron terus ke Kea Farm.. Nak cari Strawberry, malangnya mahal dan buah tak banyak.. Jangan anak-anak kempunan, Sha beli strawberry coklat je.. Secucuk RM2 dengan aiskrim strawberry.. Jadilah kan..

Turun dari Cameron dah pukul 6.. Sampai Tapah jam 8.. Cari tempat solat dan makan.. Kat Tapah jumpa orang jual jus strawberry RM3 je 1 cup.. Belikan untuk Imani.. Memang puas hati dan padu rasa strawberry dia.. Lepas makan terus gerak balik.. Sampai rumah jam 10.30 malam.. Anak-anak gembira dapat berjalan tengok dunia luar rumah.. Tu yang penting..

Air strawberry - RM3

Berger Rusa - RM5

Sayur-sayur yang beli di Cameron.. RM10 semua nie..

6 comments:

  1. bestnya cameron..
    sy ni xpernah smpai lg cameron.. huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha doakan semoga ada rezeki awak untuk ke Cameron.. aamiin..

      Delete
  2. sy jg yg x penah2 smpi cameron hahaha

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. cameron destinasi pilihan ramai orang lepas boleh rentas negeri ni :D

    ReplyDelete
  4. Banyak juga Kak Sha borong kat Cameron.

    ReplyDelete
  5. Bestnya buleh ke sana. Last kami pergi tahun 2013 lepas kawen. syok kat sana sbb sayur n buah byk. dessert pun best2..Yang penting tak bape panas bila berjalan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »