Cover / Design Novel Penting @ Tak? - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, August 21, 2018

Cover / Design Novel Penting @ Tak?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak sembang dengan korang.. Adakah design/cover novel memainkan peranan penting dalam pembelian buku?

Pada Sha, cover/design kulit buku memang memainkan peranan penting untuk Sha membeli sesebuah buku atau novel.. Ada sesetengah penerbit, amik mudah dalam soal design kulit buku ini.. Bila design tak cantik, isi dalam pun orang tak pandang.. Sha ada beli beberapa novel yang designya memang menyampah nak tengok.. Tapi Sha beli jugalah sebab ada penulis yang Sha support dalam novel itu.. Itupun Sha balut dengan plastik berwarna supaya tak nampak sangat design kulit buku itu...

Ada buku yang isi dia biasa biasa saja tapi design kulit dia memang mengancam sampai Sha beli dan buat koleksi.. Serius ada tau.. Ada juga yang design dan isi dalam dia ohsem gila macam Buku Prima, Alaf 21, Prolog Media, Karya Seni dan Roman Buku.. Ini antara penerbit yang pada Sha sangat mementingkan design dan juga isi dalam buku..

Korang pula macam mana?
Pandang design/cover buku atau tak?





11 comments:

  1. bagi ejulz cover design penting :)

    ReplyDelete
  2. Bagi pendapat rabia,cover novel ini penting.

    ReplyDelete
  3. walaupun sha ni bukan peminat tegar novel tapi cover novel mmg penting, dia macam cinta pandang pertama gitu hehe

    ReplyDelete
  4. biasa jugak terpengaruh dengan cover..tapi jalan cerita tak menepati

    but mostly tajuk buku pun menarik perhatian...saya biasa tengok tajuk

    ReplyDelete
  5. Betul.. Kadang kulit biasa je.. Tapi isi dalam memang menusuk qalbu...

    ReplyDelete
  6. bg nina penting sbb kadang2 org nk tgk juga design cover novel.. warna juga menarik org nk membaca dan beli

    ReplyDelete
  7. penting walaupun orang kata dont judge the book by its cover hahaha.. selalu tertarik dengan graphic yang mengancam kaler terang2 and font yang senang dibaca =)

    ReplyDelete
  8. never judge a book by its cover :) ha ha ha ha
    pada aida penting, sha.
    itu tarikan pertama.
    dari mata jatuh ke hati.

    ReplyDelete
  9. bagi saya cover sangat penting sebab kadang-kadang time beli malas nak baca sipnosis kat belakang terus grab cover yg berkenan di hati..hihi

    ReplyDelete
  10. Penting... As jenis belek semua...baca dari kulit ke kulit :D

    ReplyDelete
  11. saya jenis pandang pd penulis dulu baru cover... jarang sy tertarik pada cover wpn judulnya gempak... warna suram or banyak warna ada kala menyakitkan mata... peranan font jg menyumbang kpd tahap ke'boom'an sesebuah cover ;-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..