Thursday, May 28, 2020

Resepi Nasi Mandy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu Sha ada kongsikan pasal pes nasi mandy nie kan.. Kali ini Sha kongsikan cara membuatnya.. Mudah, cepat dan sedap..

Ini pes yang Sha guna.. Dia datang sekali dengan beras.. Sha cuma sediakan ayam dan bahan untuk sambal je.. Nak mudah memasak boleh tonton video di SINI.. Untuk beras 500gm ini, boleh dimakan oleh 4 ke 5 orang dewasa.. Conform jadilah kalau guna pek ini.. Nak sedap bolehlah buat sup sekali..

Basuh beras dan rendam selama 30 minit..

Sementara tunggu beras tu kita masukkan 700ml air dan beberapa ketul ayam ke dalam periuk bersama rempah yang disediakan dalam pek.. Rebus sehingga mendidih..

Masukkan beras, air rebusan dan ayam kedalam periuk nasi.. Masak..

Lebihan ayam yang direbus tu Sha salutkan dengan perencah perap dan bakar..

Setelah nasi masak, bolehlah letakkan pewarna kuning yang disertakan didalam pek dan tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 15 minit..

Ayam yang dah siap dibakar..

Yeah!! Dah siap.. Makan macam ini je pun dah sedap.. 

Sambal tomato je Sha tak buat sebab malas nak keluar pergi beli.. hahaha.. Ada disertakan resepi sambal tomato dekat pek tu.. Senang je nak buatnya.. Nak lagi best buat sup daging atau sup ayam.. Memang puas lah makan..

10 comments:

  1. Ya Allah.. mudahnya masak nasi mandy. Senang beli set pes dan beras dia ni. Mudahkan kerja ibu2 di dapur

    ReplyDelete
  2. Mmg nampak menarik sgt tu... aduhai, nak kene cari jugak ni pesnya ni

    ReplyDelete
  3. wahh...nampak mudah je ni... nak cari jugak la nanti...

    ReplyDelete
  4. sedapnyeee! nk sediakan pon mudah je..
    kalo bz pon sempat je buat nasi mandy ni! hehe

    ReplyDelete
  5. senang je nak buat rupanya. selama ni tahu makan je hahaha

    ReplyDelete
  6. Mkn nasi jer pun dah sedap sis..Ank2 suka nasi dia

    ReplyDelete
  7. senangnya nak buat nasi mandy guna pes dia. nak kena cari ni..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »