Wednesday, February 19, 2020

Drama Melayu | Camelia (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sementara tunggu episod 18 & 19 drama Aku, Dia & Pinky Promosi keluar, sha layan drama Camelia ini sebab katanya best.. Pasal kecelaruan identiti.. Sambil masukkan data Aset, sambil menonton drama Camelia ini.. Menarik jugalah..

Suka juga tengok lakonan Diana Danielle.. Memang menjadi bila dia bawa watak Mariam dan Camelia.. Sha layan dekat Youtube TV3.. Bolehlah marathon tanpa iklan.. kikiki.. Tak macam tengok dekat tv.. Adalah iklan cuma tak sebanyak dekat tv.. Kerekter Mariam dan Camelia tu menarik bila ditonton.. Suka sangat part monolog antara Camelia dan Mariam.. memang nampak perbezaan dua karekter ini walaupun dibawa oleh pelakon yang sama.. Kita boleh tahu siapa yang bercakap walaupun perubahan tu on the spot.. Respeklah dengan Diana Danielle..

Memang menakutkan tengok karekter si Marina tu.. Dia punya jahat tu bukan biasa-biasa okay.. seram nengoknya.. Suami sendiri pun boleh dia penjarakan sebab nak cerai punya pasal.. Semuanya sebab busuk hati dan dengkikan kakak sendiri.. Ada je manusia macam ni dekat dunia sebenar.. Tak boleh tengok adik/kakak sendiri berjaya atau lebih dari diri sendiri.. Walhal adik beradik tu.. 

JUDUL : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2020.
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku
SINOPSIS CAMELIA: Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.
Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.
Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.
Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.
Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.
Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

5 comments:

  1. menarik je jalan cerita.. xmcm drama melayu lain..
    nt2 ade ms free boleh marathon tgk.. hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. tahniah untuk team drama malaysia. satu perubahan plot cerita ^_^

    ReplyDelete
  3. Mualaikumussalam.
    Cikbunga tak ikut citer nie😅

    ReplyDelete
  4. menarik nih..genre lain dari yang lain..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »