Monday, February 3, 2020

Kursus Pertama 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebagai penjawat awam, kursus merupakan salah satu perkara wajib yang perlu dihadiri setiap tahun.. Cuma tahun ini tak ada lagi dimaklmukan berapa hari yang wajibnya.. Sha sudah pun terlibat dengan kursus.. Yang kelakarnya 2 kursus wajib Sha hadiri mengikut keperluan jawatan dilaksanakan pada tarikh yang sama.. Stress pula rasanya bila jadi macam ini.. Mujurlah kursus dalaman je.. Pagi di ULPL dan petang di pejabat.. Yang penting dah dapat 6 hari.. Senang..

Kursus yang pertama adalah anjuran unit Sha sendiri.. Memurnikan SKT supaya semua pengisian dalam SKT kami seragam dan lebih terperinci cara kerjanya.. Berbincang dan merancang serta memurnikan.. Lebih tersusun dan kemas dipandang..

Kursus kedua pula berkaitan dengan tugas sampingan iaitu Pegawai Pemeriksa Aset.. Mujurlah hanya pertemuan sekejap disebelah pagi dan taklimat ringkas.. Selebihnya buat depan komputer di pejabat sendiri.. Pening menengok aset yang nak diperiksa.. Ada dekat 2000.. Saya yang menurut perintah.. huhuhu..

11 comments:

  1. dana belum ada nampak gaya ada kursus, di tempat kami jarang ada kursus untuk PA... yang banyak untuk juru ukur je...

    ReplyDelete
  2. jarang pergi kursus..ooo..setiap tahun ada quota kena hadiri kursus ya..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan. Fighting! 💪

    ReplyDelete
  4. akak br je p kursus pertengaha januari aritu..sebelum2 ni tgh2 thn tkpn akhir thn br depa antar kursus tp thn ni awal thn plak

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan segala urusan Kak Sha. ^^

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak kena pergi kursus.

    ReplyDelete
  7. fuhhh banyak tu, all the best kak sha

    ReplyDelete
  8. tak pe kursus tu bertujuan menjadikan kita pekerja lbh cemerlang insya allah

    ReplyDelete
  9. Kenalah berkursus utk menaikkan prestasi Dan pengetahuan , hehe.

    ReplyDelete
  10. now kita x wajib 7 hari tu, kan?
    so mudah la. if not dulu, puas jugak nak kena cek pegawai dah complete or not.
    aida jaga kursus now, sha.
    aduhai, payah la bila keje bahagian pengurusan ni.
    sebelum ni dok keje dept operasi. tak amik peduli hal pengurusan.
    tak mudah nak suruh org gi kursus ekk...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »