Thursday, February 6, 2020

Sarapan & Bekal Anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa pagi ini?? Sha bawa roti telur dan roti sosej.. Lebihan bekal anak ke sekolah.. Sekarang ini setiap pagi kena sediakan bekal buat Amani dan juga Imani.. Kadang sampai tak tahu nak masakkan apa.. Sebab mereka punya selera berlainan.. hehehe.. Kalau Imani nak roti sosej, kakak nak roti telur.. Kalau adik bawa roti sapu planta dan bubuh gula, kakak pula nak roti bakar dan telur dadar.. Mak lah pening setiap pagi kena fikirkan apa yang nak dimasak.. hehehe.. 

Pagi ini memang masak banyak, tu yang Sha bawak lebihan tu ke pejabat.. Lepas tu singgah kanti pejabat, tapau sambal sardin.. Buat cicah.. Jadilah sarapan pagi ini.. Esok, kita fikir lain nak masak apa.. hehehe.. Jemput sarapan..

11 comments:

  1. sedap tuh... rajin jugakla akak buat sarapan... kalau dana selalu singgah kt kedai je sbb si aiyan nk sarapan siap-siap kt kedai tu hehehe...

    payah jgk ek dua beradik tu selera lain-lain, emaknya kene buat 2 jenis sekali la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Dana.. setiap pagi kena fikir dua menu berbeza.. Adoilah..

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Bawa bekal boleh la jimat duit poket sikit2, tapi kita pempuan ada je nak membeli lebih2 lagi kalau bawah opis ada expo kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hanni.. hehehe..
      Tambah kalau memang ada duit..

      Delete
  3. oo..kena masak dua jenis..sedap nih..

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. kami pun sarapan roti sardin jugak pagi tadi ^_^

    ReplyDelete
  5. 😅mencabar betul tu kena buat 2 jenis... akak boleh cuba buat yang jenis frozen... nanti pagi tinggal goreng je. Macam popia ke, murtabak ke...hehehe boleh la sediakan inti ikut tekak anak².. hehehe just bagi idea je hehehe... sebab kita ni kaum ibu² hari² pening fikir nak masak apa...😆

    ReplyDelete
  6. roti + sambal sardin = ohsem!!!
    br semlm buat sambal sardin utk bersahur.
    sahur, anak2 dara aida memang berselera makan sambal jer.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »