Wednesday, February 12, 2020

Drama Adaptasi Novel | Aku, Dia & Pinky Promise (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini memang lama dah Sha tunggu tayangannya sejak penulis novel Aku, Dia & Pinky Promise umumkan di Facebook beliau lagi.. Drama ini ditayangkan di Channel Okey.. Drama yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama iaitu Aku, Dia & Pinky Promise.. Sha ada buat review novel ini, boleh baca di entry Sha bertajuk Aku, Dia & Pinky Promise oleh Anna Lee.. Novel ini ada diterbitkan kembali dalam versi baru 2019 extended version (Terdapat sambungan daripada versi asal) iaitu dua novel dalam satu buku.. Kalau berminat nak beli sekarang ini ada promosi dekat Shopee, boleh Klik SINI..

Seronok tengok drama ini sebab ada Syafie Naswip dan Sweet Qismina.. Dua pelakon ini memang menarik untuk ditonton.. Kisah Sal yang kembali ke zaman silam dan mengubah perjalanan hidupnya demi mendapatkan masa depan yang lebih baik.. Namun berlaku berberapa episod dimana Sal kemalangan, koma dan hilang ingatan.. Bila sal akhirnya betul-betul sedar dimasa hadapan Sal hilang kebanyakkan memori yang ada.. Hinggakan beberapa perkara penting yang sepatutnya berada di dalam ingatan Sal hilang dan tak mampu diingati.. Perkahwinan Sal dengan Danial semakin dekat, Danial pula semakin kuat mendesak seolah-olah ada rahsia disembunyikan.. Ray yang buta juga menyembunyikan identiti sebenar dari Sal demi mengelakkan Sal terus tertekan dengan memori yang hilang.. Sha masih tertunggu-tunggu episod 19 dan 20.. Sha tengok dekat Youtube je.. Tak ada channel Okay..

Aku, Dia dan Pinky Promise karya Anna Lee
TV Okey
Jam 10 malam 
Bermula 25 Januari 2020
20 episod
Arahan Jamal Khan
Skrip Sofia Rhyland
Terbitan Nusantara Seni Karya
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

  
Novel Aku, Dia & Pinky Promise oleh Anna Lee versi lama dan versi baru.. 

13 comments:

  1. suka tengok zaman sekolah diorang.comel sangat~ suka lakonan syafie naswip dalam drama ni. terbaiklah..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. zaman sekolah tu best.. buat kita rasa macam nak ke sekolah..

      Delete
    2. itulah..dari tengok drama terus beli novel dia..memang best..haha

      Delete
  2. sy tengok ramai post pasal drama ni..
    mungkin nanti tergerak hati nk tengok.. rumah xdak tv so kena tngk online lew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tengok online je Siti.. dekat Youtube..

      Delete
  3. banyak kali jgak nampak review dekat twitter sebab follow Syafie and dia pulak suka retweet review on drama ni..

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka drama ini.. pelakon dia dengan jalan cerita dia lain dari biasa..

      Delete
  4. Wah, drama baru! Heroin best :)

    ReplyDelete
  5. haritu macam nak tengok tapi takut kisah budak-budak sangat hahaha nanti nak try lah

    ReplyDelete
  6. cariu novel x jumpa lagi. mcm best je

    ReplyDelete
  7. ada tgk kejap aritu... tp mmg dah agak ni mesti diadaptasi dari novel

    ReplyDelete
  8. penulis ni pon terkenal kan..selalu dengar...tapi tk pernh bce karya dia..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »