Monday, February 10, 2020

Lagu | Rampung oleh Ben Ladin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila ternampak video klip ini berlegar-legar di Youtube terus Sha tengok siapa yang buat.. Bila tengok ada nama Malique barulah rasa semangat nak dengar.. Hehehe... Terus jatuh cintalah dengan muzik dia.. Lian macam.. Vidoe klip dia pun unik, pada Sha lah.. Lain orang lain citarasanya.. Lirik dia macam biasalah ada maksud tersirat.. Bila dengar rasa macam sambung dari Hikayat Ben Ladin lak.. hehehe..

Song title: Rampung
Artiste: Ben Ladin
Composer: Luca Sickta, Malique
Lyrics: Luca Sickta, Siqma 
Music arrangement: Luca Sickta
Keyboards : Haidi Hykal
Guitars: Malmal
Backup Vocals : Zizi Kirana, Ainul, Siqma 
Recorded by Syafiq Rosli and Luca Sickta at Qarma Studios
Mixed by Illegal at Platinum Studios Production 
Mastered by CL Toh at Mastering 1
Digital Album Cover & Photography : @Fzdnlstudio & @Visualiv_
Co-Produced by Luca Sickta 
Produced by Malique for Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

Lirik
Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

Salam sua kenapa duduk luar?
Tak jumpa jalan masuk ni ku tunjuk jalan keluar,
Pasang sua cuba terangkan minda dan hati,
Pak belalang jumpa simba bergema hikayat sang sakti,

Mereka makin riuh lepas warkah yang pertama,
Marjina angkat jari ibu ramai yang gumbira,
Baling dadu kita tengok siapa yang kena, 
Jangan kamu cuba semu takut tidur tak lena,

Beradab banyak cara biadap jangan sekali,
Yang jerung atas darat laratnya makan berkali,
Tahu menyorok sepi,
Tidak pula diolok geli,
Yang mahunya dibeli,
Al kisah si anak seni.

Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

Dulu bersemuka salam suka kenyit mata,
Kenapa sekarang lagak gaya macam kasim baba,
Cuaca makin cerah yang diluar bagaimana?
Walau tusuk duri takkan ku berputus asa,

Ku disini dengan nadaku menyampai,
Tanda isi gua ku dah melambai,
Mamai disemai dalam damai gemalai,
Cari gemala sakti ramai terkapai,

Jahitan disimpul macam buat kata kata,
Kalau bukan singa pasti itu maharaja,
Tolong jaga muka dari bertopengkan kata,
Yang berakal mesti panjang lagam gaya ali baba,

Hikayat pertama akhirnya bergema
Serapah dibaca penyambung cerita

Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

Masih berdendang menari di akhir seloka,
Masih sempurna walau lama tidak bersua,
Makcik pakcik adik abang makin nampak suka,
Ku cuba tutup lama yang baru kini dibuka,

Mantera dibaca tanda penutup acara,
Macam katam baca jawi rumi alif ba ta,
Rampung ngiseng bakal jadi penyambung suara,
Ben Ladin sembah salam moga bertemu

Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku di baca,
Ben ku di beri nama,

Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,

8 comments:

  1. Panjang liriknya sha..hehe.suka suara zizi kirana

    ReplyDelete
  2. belum tengok lagi..lagu2 dia mmg selalu unik..

    ReplyDelete
  3. BenLadin ni memang suka Malique kan.. idol dia..
    okkk tengok lirik tu puitis.. x dengar lagi lagu ni.

    ReplyDelete
  4. ok da dngar sikit kat spotify..
    melody ok tapi i was hoping suara ben ganas sket ke.. hehe..

    personal preference..

    ReplyDelete
  5. tak tengok lagi lgu ni..mesti ada maksud tertentu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »