Wednesday, July 29, 2026

๐Ÿ“ท Coretan Sehari | 29 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha singgah 7E Cafe.. Hari Rabu kan, saja nak tengok apa yang menarik.. Beli sarapan, lepas tu jumpa tawaran harga menarik.. Ambil lah 2 buat tambah-tambah di Perpustakaan.. Ikut perancangan asal, Sha macam nak singgah beli nasi lemak.. Teringin sangat tapi tu lah.. Elok ja memandu sampai ke parking hospital.. Lepas tu terus naik Perpustakaan.. Nasi lemak tu dah jadi sekadar angan-angan sahaja.. kikiki.. Sampai Perpustakaan terus bancuh kopi dan sarapan.. Korang makan apa pagi ini?

Sarapan pagi Sha.. Bebola ayam dengan keju dan hashbrown..

Ini pula beli 1, percuma 1.. 
Harga asal dia RM7.50 untuk 1 pek.. 

Update: Rezeki pagi ini.. Alhamdulillah, dapat juga Sha makan nasi lemak.. Memang tak disangka betul bila ada yang hulurkan sebungkus nasi lemak daun pisang bersama seketul kuih putu Perak.. Terima kasih yang memberi.. Semoga dimurahkan rezeki..

8 comments:

  1. macam sedap je airnya tu kak sha. kena beli ni

    ReplyDelete
  2. Pagi ni sarapan kopi dan juga roti bakar aja..
    Banyak ekrja on9 nk kena settle harini

    ReplyDelete
  3. Untung sarapan bebola ayam keju sambil layan kopi dekat perpustakaan, murah rezeki dapat pula nasi lemak daun pisang dan putu Perak.

    ReplyDelete
  4. rezeki jangan ditolak ye

    ReplyDelete
  5. Sarapan sandwich telur je pagi tadi.
    Sedap tu putu perak, jarang beno jumpa. Beli pun kat pasar pagi Tapah, lama dah.

    ReplyDelete
  6. Terbayang sedap bola2 ayam isi keju ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Nasi lemaknya pula bungkus daun yaaa. Ini sedaap pasti, Krn wangiii

    ReplyDelete
  7. Kalau dah rezeki tu kan, sampai terus ke meja, alhamdulillah. Hash brown tu nampak menarik. PH kena masuk 7e jugak ni cari. Tengok orang beli macam² dekat 7e

    ReplyDelete
  8. fuhhhh kuat betul kak sha manifest sampai nasi lemak yang datang dekat akak hehe saya makan roti sarang burung pagi ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com