Sunday, November 10, 2019

Drama China | Tomb of the Sea (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok drama ini online je.. Dekat dua website https://watchasian.to/drama-detail/tomb-of-the-sea dan http://www2.fastdrama.me/tomb-of-the-sea .. Itupun sebab ramai yang review kata best.. Tapi episod dia banyak gila okay.. Ada 52 dan setiap episod 45 minit.. Ada episod yang tak ada sarikata Inggeris tapi boleh jugalah nak faham sikit-sikit.. hehehe..

Drama ini mengenai watak bernama Wu Xie (watak ini memang ada dalam setiap drama atau filem bertemakan makam ini..) yang mengembara bersama Li Cu ke padang pasir bagi mencari makam yang hilang.. Di bawah ancaman Wu Xie, Li Cu mengikutinya ke makam kuno. Bersama-sama, mereka menemui cerita di sebalik orang yang hilang dalam gambar, bayang-bayang yang tidak dapat dijelaskan, kamera pecah, mumia dan banyak lagi..

Permulaan drama ini memaparkan Li Cu yang tersedar di tengah padang pasir sambil di kejar makhluk seperti akar pokok.. Beliau kemudiannya lari dan bersembunyi di dalam kereta.. Lepas tu babak bertukar ke permulaan cerita bagaimana Li Cu boleh berada di padang pasir.. Sifat ingin tahu Li Cu menjadi pencetus sebenarnya kepada semua perkara.. Sampailah ke episod 15, barulah kenapa Li Cu diserang oleh makhluk seperti akar kayu dan Wu Zie hidup atau mati.. Memang menarik dan mengujakan..

Pada Sha drama ini lebih seronok ditonton sebab penceritaan dia.. Kisah pencarian mereka di bandar Gutong yang hilang lama dahulu.. Misteri betul bandar tu sebab di tengah padang pasir.. bukan senang nak jumpa dan ada sebab kenapa susah nak dicari.. Drama yang ini agak seronok ditonton.. Musuh di padang pasir adalah ular hitam yang boleh menyebabkan manusia jadi seperti zombie dan pokok menjalar yang makan manusia.. Pencetus cerita ini adalah pertembungan 9 klan dengan Klan Wang yang ingin menguasai dunia.. Bukan mudah nak menyusup dalam struktur klan Wang dan menghapuskan mereka.. 

Drama: Tomb of the Sea
Also Known As: Sand Sea , Sand Puzzle
Screenwriters: Xu Kennedy, Zhang Yuan Ang
Genres: Action, Adventure, Mystery, Supernatural
Country: China
Episodes: 52
Aired: Jul 20, 2018 - Sep 15, 2018
Aired On: Friday, Saturday, Sunday
Original Network: QQLive
Duration: 45 min.
Li Cu, an ordinary senior high school student was kidnapped and brought to the Badain Jaran Desert. Of those who went there, none has came back alive. The scars on his back, holds the key to the mystery of the ancient tombs. Under the threat of Wu Xie, Li Cu follows him to the ancient tombs. Together they discover the stories behind the disappearing people in the pictures, the unexplained shadows, the broken cameras, the mummies, and more.

5 comments:

  1. Aien nak tengok tak tertengok² lagi.. nice review. Akak tengok cerita banyak atas talian ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. Kebanyakkannya akak tengok online je.. kadang2 je download.. hehehe

      Delete
  2. inspirasi daripada filem The Scorpion King ke ni? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Agaknya lah..
      Tapi yang ini memang Sha suka.. sebab Wu Xie nya versi dewasa..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »