Saturday, November 23, 2019

Drama China | The Untamed (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula-mula tu macam berat hati juga nak tengok drama ini.. Sebab panjang tu.. 50 episod.. Tapikan lepas tengok episod 1 terus jatuh cinta dengan dua watak utama ini.. Satu perangai nakal dan lepas bebas.. Yang satu lagi sangat pendiam dan mengikut peraturan.. Dua watak yang kontra tapi saling melengkapi.. Bermula episod 2 flash back mengenai watak-watak utama ini dan apa yang terjadi antara mereka.. Sampailah episod 33 barulah cerita kembali ke pada keadaan terkini.. Bila dah mula tengok memang nak tengok sampai habis dan nak tahu kenapa Wu Xian hidup balik..? Kenapa Wen Ning tiba-tiba muncul bila Wu Xian muncul.? Siapa sebenarnya yang jahat? Memang banyaklah persoalannya.. 

Untamed ini memang menarik walaupun ada sesetangah episod agak meleret.. Sha suka sebab baju-baju dia cantik.. Pemandangannya superb di sesetengah episod.. Aksi berlawan menggunakan pedang dan peralatan muzik.. Guna seruling je hero dia bila berlawan.. Dasyat wei.. Drama ini watak jahat dia memang tak disangkalah.. Perebutan untuk memiliki Yin Metal yang memiliki kuasa jahat dan juga menguasai dunia persilatan.. Manusia selalu menjadikan manusia yang berbeza sebagai kambing hitam pada setiap kejadian pelik.. 

Hero dia nama Wu Xian, tak boleh lagi bermain pedang sebab Golden Core dia dah disedekah pada sahabat sepeguruannya Jiang Cheng.. Jadi dia memilih untuk mengamalkan ilmu gelap menggunakan seruling.. Ilmu yang dia dapat ini pun secara tak sengaja je bila dia dicampak ke perkuburan gelap dan dikelilingi aura hitam.. Walaupun mengamalkan ilmu gelap tapi Wu Xian tak membunuh sesuka hati ataupun melakukan kejahatan.. Namun bila ilmu yang dipilih berbeza dengan orang lain Wu Xian dipandang sebagai jahat dan pemberontak.. Hanya Wang Ji je kekal memilih untuk mempercayai Wu Xian dan setia bersama Wu Xian.. Malah Wang Ji orang yang pertama kenal Wu Xian bila dia muncul semula. 

Drama ini menggambarkan persahabatan antara mereka, tolak ansur dan saling membantu.. Walaupun Wu Xian nakal dan lepas bebas tapi ada satu perangai dia yang mampu buat korang gelak berdekah.. Hero ini takut anjing.. Kikikiki.. 

Sean Xiao sebagai Wei Wu Xian / Wei Ying / Mo Xuan Yu / Yiling Patriarch
Wang Yi Bo sebagai Lan Wang Ji / Lan Zhan / Hanguang Jun

Drama: The Untamed
Also Known As: Chén qíng lìng , Grandmaster of Demonic Cultivation , Magic Ancestors , The Founder of Diabolism , Mo Dao Zu Shi , 魔道祖师 , Chen qing ling
Directors: Steve Cheng, Chan Ka Lam
Screenwriters: Deng Yao Yu, Yang Xia, Guo Guang Yun, Jing Ma
Genres: Action, Adventure, Friendship, Historical, Mystery, Horror, Comedy, Wuxia, Fantasy
Country: China
Episodes: 50
Aired: Jun 27, 2019 - Aug 14, 2019
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday
Original Network: QQLive
Duration: 45 min
Sinopsis: Wei Wu Xian and Lan Wang Ji are two completely different people from two different worlds. Lan Wang Ji is from the prominent Sect of the Gusu Lan. Due to his great achievements and reputation, he gained the title Hanguang-Jun, which means the light holder. He is seen as a hero, the role model of everyone in the cultivation world and is known to appear wherever chaos is. While Wei Wu Xian, the Yiling Patriarch who uses demonic cultivation, is a name that everyone fears. He has done many heroic things in his life, but also really cruel ones, such as killing thousands of people and even causing the death of those who saw him as family. However, the two who are totally different in nature as ice and fire, are good friends who consider each other as soulmates.
In the end, Wei Wu Xian was "killed", after he became too evil for the world to exist, by the only survivor of the Yunmeng Jiang Sect, Jiang Cheng, who was once like a brother to him. At least that is what the legend says. Sixteen years after his so-called “death”, Wei Wu Xian suddenly reappears at the Mo Village.
Between the boundary of good and evil, is Wei Wu Xian really as evil as the legend says and is Lan Wang Ji really that righteous as people claim him to be? And how much of the legend is actually true?
(Source: Tencent Trailer Synopsis)

13 comments:

  1. banyak chinese drama yg best tapi itulah bila tengok episode panjang sgt malas giler nak tengok, bila dah tertengok susah pula nak stop..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ru lah.. banyak yang best.. tapi episod dia tu.. bercinta betul nak tengok..

      Delete
  2. Ah! Kak Sha dah tengok. kita belom habis tengok lagi yang movie dia. haha

    ReplyDelete
  3. suka genre citer mcm ni..period drama..

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengok cerita-cerita macam ni...

    ReplyDelete
  5. ala ala cerita lama ni agak kurang rasa nak tengok. huhu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ada cuma heroinnya mati awal.. hehehe.. Tinggallah jejaka-jejaka kacak melawan kejahatan..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »