Sunday, November 3, 2019

Jualan Gudang MPH, Balakong.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info jualan gudang ini dikongsikan rakan Facebook.. Kebetulan Sha memang nak ke area Balakong semalam, maka Sha minta encik suami lajak ke sini.. Tak jauh mana pun dengan rumah mak saudara Sha.. Memang seronoklah kami mencuci mata tengok buku-buku pelbagai genre.. Yang paling teruja Amani lah.. Siap minta belanja buku.. Sha okay je.. Yang paling Sha tak sangka, encik suami pun turut memilih buku untuk dirinya.. Dapatlah 17 buah buku dan 2 setem little pony dengan harga RM37 sahaja..

Jualan gudang MPH ini akan berlangsung dari 01.11.2019 sehingga 10.11.2019..
Bermula jam 10 pagi hingga 8 malam..
Harga serendah RM1..

Banyaknya buku.. Bahagia rasanya.. Kalau ikut hati, memang nak ambil je semua tapi mengenangkan rak buku dah penuh dan buku tak berbaca banyak lagi, kita tahan nafsu.. hahaha.. Buku BI langsung Sha tak amik walaupun banyak genre kesukaan Sha.. Hanya tengok je.. huhuhu..

Tengah seronok memilih buku.. Amani tengah usaha cari Train Your Brain level 1 tapi tak berjaya.. Dapat yang level 2 dengan level 3 je..

Ini pilihan encik suami.. Buku ini harga asal dia RM40 tu sebuah.. Tapi dekat jualan gudang ini dapat murah giler.. Memang berbaloi sangat..
Fighter - RM3
Military Machines - RM3

Pilihan Sha banyak sikitlah.. hehehe.. Tukang bayar kan..
Hipnotis - RM2
Apokalips - RM2
Cerpen Terbaik 2016 - RM2
Arkib Angker Negara vol 1&2 - RM10

Ini pilihan Amani.. 
Reinforcing & Captivating Crossword (4in1) - RM1
Geometric Design Coloring Book - RM3
Lego Friends - RM1
Train Your Brain Level 2 - RM1
Train Your Brain Level 3 - RM1

Buku pilihan Imani pula
Lego Elves - RM3
Lego Friends - RM1

15 comments:

  1. Banyak buku aunty Sha borong. Saya suka pergi jualan gudang buku.
    Banyak buku murah dan best.

    ReplyDelete
  2. rambang mata nak memilih bila ada sale macam ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Tiara.. rasa macam nak beli semua je..

      Delete
  3. jualan gudang ni kalau dapat pergi memang lagi lama la daripada kita dekat bookstore... seronok tengok kak sha borong buku macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau boleh nak duduk berjam-jam.. hahaha

      Delete
  4. haritu masa ammi pergi yg dekat PJ tu takde pulak buku2 lego tu.
    ammi rasa mcm nak pergi lagi pulak

    ReplyDelete
  5. sakan menyopping buku.. sales macam ni kat MPH, memang ditunggu2 yang minat membaca macam sha & anak2 ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »