Thursday, November 7, 2019

Ujian 'Pap Smear' di LPPKN

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi berjaya buat ujian Pap Smear setelah hampir beberapa bulan bertangguh disebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan.. Ketidak seimbangan ini berlaku disebabkan pemakaian Implant untuk mencegah kehamilan.. Setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza untuk kesan pemasangan implant ini..

Berbalik pada ujian Pap Smear ini, ujian yang perlu dilakukan bagi semua wanita yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin.. Seelonya dibuat setahun sekali.. Kalau belum berkahwin memang tak digalakkan buat ujian ini, kecuali atas nasihat doktor.. Bercinta sebenarnya nak buat ujian ini.. Sepatutnya dibuat tahun lepas dan juga tahun ini.. Namun disebabkan tak berapa nak berani, tahun lepas terlepas tempoh untuk buat dan tahun ini pun sama.. Di Klinik Kerajaan, ada tempoh masa untuk membuat ujian ini dan tempoh tu berakhir pada penghujung bulan Oktober.. Atas cadangan doktor dan juga misi, Sha pilih LPPKN.. Bayaran untuk buat ujian ini hanyalah RM20 sahaja dan tempoh masa untuk melakukan ujian ini pun sekejap sahaja..

Selain ujian Pap Smear ini, Sha juga melakukan pemeriksaan kolestrol, gula dan juga payudara dengan bayaran tambahan RM5.. Alhamdulillah semua ujian berjaya dilakukan dengan cepat dan keputusannya pun okay kecuali gula.. Sha dicadangkan untuk datang semula pada bulan Mei 2020 bagi pemeriksaan gula dan kolestrol.. Kena pantau minuman dan makanan manis nampak gayanya.. Mencegah itu lebih baik sebelum merawat..

Buat kawan-kawan yang ingin melakukan pemeriksaan Pap Smear atau rawatan lain bolehlah berhubung dengan LPPKN terdekat terlebih dahulu.. Sebab ada pengiraan hari selepas kedatangan haid untuk melakukan ujian Pap Smear ini.. Sha galakkan semua rakan-rakan yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin untuk melakukan ujian ini secara berkala.. Nak buat di hospital kerajaan pun boleh.. Hubungi je Klinik Kesihatan yang terdekat..

Keputusan pemeriksaan gula, kolestrol dan tekanan darah.. berat nak kena kurangkan 10kg.. Wargh!! Bilalah nak bersenamnya..

12 comments:

  1. ok resultnya...pap smear..arghh..dah lama x buat..serammm..hihi..

    ReplyDelete
  2. Bila sebut ujian pap smear...seriau rasa...doakan kekuatan untuk jalani ujian itu datang.

    ReplyDelete
  3. semoga selalu sehat Cik kena berpantang makanan manis sikit terutama carbo

    ReplyDelete
  4. Kak Sue paling takut nak buat ujian pap smear nie tau. Harap ada kekuatan nak buat bebila nanti.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. nampak ok semuanya tu sha, tang gula tu je kene kawal... kalau dana lagi banyak yang merah heheheh... bila dh lepas buat ujian tu lega rasanya

    ReplyDelete
  6. alamak, tak buat lagi. risau betul

    ReplyDelete
  7. jom lah kita berlari lari dalam guni bersama2 lps ni

    ReplyDelete
  8. Gula borderline ye.. rasanya mama Ni pun kena kurangkn 10 kg gak

    ReplyDelete
  9. Adoiii!!! Mrs. A dah sedekad tak buat ujian pap smear nih! seriau nak buat

    ReplyDelete
  10. nak buat, tapi menunggu waktu yang sesuai.

    ReplyDelete
  11. xpernah dengar pun pasal ujian ni. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  12. TAK BERANi nak pergi buat mgkin sbb belum kahwin uhuhuh

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »