Sunday, November 18, 2018

Melayu | Split (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok drama melayulah pula.. Kantoi.. hahaha.. Drama ini adaptasi daripada novel karya Nurul Ain Syuhada dengan tajuk yang sama Split.. Novel Split ini memang Sha dah baca.. Boleh baca review Sha di SINI.. Bila tengok episod pertama yang dilakonkan oleh Sarah Ali dan Shukri Yahaya ini memang menarik.. Gandingan pelakon berdua ini dalam menjayakan watak Maryam (Sarah Ali) dan Mikael (Shukri Yahaya) memang menjadi.. Hahaha.. Memang kelakar dan berjaya buat Sha tersenyum-senyum menonton.. serius.. hahaha..

Drama ini ada 20 episod.. Sha baru dapat tengok sampai episod 4.. Memang menarik dan mengujakan..

Update : Sekarang bila dah sampai episod 7 memang makin menarik.. Tambah bila dua lagi personaliti dalam diri Mikael keluar.. Hahaha.. Sabar jelah perangai masing-masing.. 

JUDUL : SPLIT TV SERIES
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 November 2018
WAKTU SIARAN : Selasa-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENULIS NOVEL : Nurul Ain Syuhada
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Carolina Binur, Fahmi Reza, Azhar Amir, Nisa Rissa, Liza Rafar

SINOPSIS SPLIT TV SERIES
Kisah Maryam yang jatuh cinta dengan Mikael tanpa menyedari Mikael sebenarnya mempunyai personaliti berganda.

Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam. Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Miakael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split. (Sumber dari SINI)

12 comments:

  1. tgok haritu satu episod tapi mcm boring :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Akak tengok sebab dah baca novel dia..

      Delete
  2. haritu sempat tengok kejap tapi mcm xmenarik. mungkin episod seterusnya ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak kena dengan selera shu.. 😊

      Delete
  3. Nanti nak tgok la cite ni, sinopsis mcm menarik, split personality.

    ReplyDelete
  4. dah baca novel dia, malas nak tengok drama punya.

    ReplyDelete
  5. Miya ada baca juga buku Split ni. Da buat drama daaa? Kena tengok niii tapii rumah sewa xde Astro. Sobsobsob

    ReplyDelete
  6. wow dah keluar drama dah? ada beli haritu novel split tapi tak habis lagi baca hahaha. kena mula baca balik lah hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com