Tuesday, November 20, 2018

Salam MaulidurRasul 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam MaulidurRasul dan selaamt bercuti..

 
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya Keperibadian Terpuji.

Masyarakat Arab Quraisy amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

10 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul Kak Sha. Semoga kita mendapat syafaat Beliau di Akhirat kelak. Terima kasih share ilmu.

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul Kak Sha. Semoga kita mendapat syafaat Beliau di Akhirat kelak. Terima kasih kak sha share ilmu

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul..Rasulullah SAW qudwah hasanah..

    ReplyDelete
  4. salam MaulidurRasul..

    ReplyDelete
  5. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
  6. Marilah Kita sentiasa berselawat ke atasnya

    ReplyDelete
  7. Moga kita dapat bertemu dengan Nabi Muhammad di akhirat sana aamiin :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »