Missing Page oleh Ayumi, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Pasha, Jun, Anna Lee - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, June 26, 2018

Missing Page oleh Ayumi, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Pasha, Jun, Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel ketujuh untuk bulan Jun.. Novel istimewa keluaran Prolog Media.. Missing Pages ini merupakan novel misteri merentasi masa yang menggabungkan 6 orang penulis.. Memang sangat-sangat istimewa.. Sebuah buku dengan saiz dan isi yang luarbiasa.. 

Astra oleh Ayumi
Kisah yang memang ajaib dan keajaiban itu tak mustahil untuk berlaku.. Bila manusia melakukan kesilapan dan cuba mengelak dari bertanggungjawab.. Kadang-kadang yang terpandang di mata bukanlah realiti.. 

DuniaBaru oleh Ema Deesyiaqis
Sambungan dari Novel Dua dan kesudahan kepada cincin Two Soul.. 

Noah (Permulaan) oleh Farrah Izzlorna
Kalau ikutkan penulis, akan ada novel penuh mengenai Noah adik kepada Andrian dari novel Infiniti.. Tak sabar nak tunggu novel penuh beliau..

Anya Dahlia oleh Pasha
Peluang kedua.. Tak mustahil untuk berlaku.. Olahan yang sangat menarik dari penulis.. Walaupun ceritanya pendek namun terasa keseronokkan membacanya.. Tambahan pula bila hero berjaya menyelamatkan heroin..

Surat Cinta Untuk Lela oleh Jun
Memang mind blowing.. Lela pun tak sangka siapa sebenarnya yang tulis surat tu.. Terhentak dalam bilik air dan kembali ke zaman lampau telah mengubah perjalanan hidup Lela.. Persahabatan antara Lela dan Baiti berubah.. Tiba-tiba Lela bertunang, semuanya mengusutkan Lela.. Namun ada kebaikan pada semua yang terjadi.. 

Nota Yang Hilang oleh Anna Lee
Penulis yang menulis kisah merentasi masa yang unik.. Nota yang membantu dan menghubungkan dua manusia.. Memang sungguh tak disangka, lukisab tu membantu perhubungan Fen dan Bhind.. 

Sha baca pada 19.06.2018.. Lepas tu stop sekejap.. Baca balik pada 25.06.2018.. Kikiki.. Main sambung-sambung pula.. Bukan apa, novel ini ada 6 cerita berlainan dari penulis berlainan.. Tu yang boleh berhenti henti membaca..

13 comments:

  1. jemput singgah entry terkini ejulz

    https://ejulz.blogspot.com/2018/06/nak-cari-sponsor-segmen.html

    ReplyDelete
  2. Rajin la sha baca novel, keep it upppp nanti boleh jadi novelist plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca je mampu.. Hehehe.. Nak mengarang tak pandai..

      Delete
  3. CR pun suka kalau bca yang banyak cerita dalam satu buku. sbb boleh stop then smbung nanti2.hee

    ReplyDelete
  4. tu dia..tapi ada yg jenis sambungan...kne follow up dari awal..tu yang payah sket hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a.. Ada yang kena baca buku sebelum ini..

      Delete
  5. Surat Cinta Untuk Lela tu macam best

    ReplyDelete
  6. tak baca lagi nak kena habiskan dulu buku yg ada kaitan dengan Missing Page.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..